rakyatnews
Penyanyi yang terkenal dengan lagu Janji Manismu, Aisyah dilaporkan
menjadi mangsa samun ketika dalam perjalanan pulang ke rumah bersama
anaknya baru-baru ini.
Kejadian yang berlaku kira-kira jam 9.15 malam itu telah mengakibatkan
penyanyi itu kehilangan wang tunai sebanyak RM1,000, kad pengenalan dan
kad kredit.
Namun,tiada sebarang kecederaan yang dialami oleh Aisyah dan anaknya.
Sehingga kini, penjenayah terbabit masih bebas kerana dia tidak dapat
mengecam wajah penjenayah terbabit dan pada masa yang sama CCTV di
kawasan tersebut juga rosak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan