Oleh : AFEEQA AFEERA
SHAH ALAM: Bahang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang kian terasa walaupun Barisan Nasional (BN) masih belum memutuskan calon yang akan menentang Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada 23 Mac ini.
Penulis blog, Shahbudin Husin, berkata sementara BN belum menetapkan calon sama ada Umno atau MCA untuk menggalas cabaran, muncul pula pihak yang disifatkan tidak ‘malu-malu’ menawarkan diri mereka mewakili BN dan Bebas.
Antara individu terbabit adalah Presiden Parti India Bersatu Malaysia (MUIP), Datuk K S Nallakaruppan dan bekas pembantu peguam bela Anwar, Yuktes Vijay.
Beliau berkata, secara dasarnya hasrat dua individu berkenaan bukan kerana mahu menang atau ghairah bergelar wakil rakyat, tetapi lebih kepada ingin menyerang atau mendedahkan keburukan peribadi Anwar.
“Nalla adalah bekas rakan karib Anwar dan hasratnya bertanding tidak lain untuk mendedahkan segala rahsia Anwar yang didakwa diketahuinya ketika mereka bersahabat.
“Beliau yang meminta hasratnya untuk mewakili BN dalam PRK dipertimbangkan, tetapi nampaknya tidak berminat langsung untuk menang, sebaliknya hanya mahukan ruang kempen selama beberapa hari itu sebagai medan untuk mendedahkan keburukan Anwar.
“Sama seperti Nalla, Yuktes yang mahu bertanding sebagai calon Bebas juga bukan menyertai pilihan raya ini kerana mahu menang atau ghairah bergelar wakil rakyat, tetapi semata-mata mahu menyerang, mendedahkan keburukan dan mungkin membalas dendam terhadap Anwar,” katanya.
Shahbudin berkata, tidak mustahil jika BN memberi ‘lampu hijau’ kepada Nallakaruppan untuk bertanding, tayangan video berkenaan Anwar akan menjadi sebahagaian daripada acara kempennya.
Beliau juga secara sinis menyifatkan kehadiran individu yang tidak ‘malu-malu’ menawarkan diri sebagai calon ini seperti menjadikan PRK Kajang seperti Hari Raya.
“Ia umpama kemeriahan Hari Raya yang sudah dapat dirasakan walaupun bulan puasa belum tiba,” katanya.
PRK Kajang dijangka bakal menjadi PRK paling unik dan menarik dalam sejarah berikutan taruhan PKR menempatkan Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh sebagai calon di DUN itu.-NFN-

Tiada ulasan:
Catat Ulasan