Khamis, 6 Februari 2014

Insuran kenderaan naik, BN tambah derita rakyat

SELANGOR KINI


KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Pakar Ekonomi Bank Islam, Azrul Azwar Ahmad Tajuddin menyifatkan pelarasan premium insuran kenderaan yang dikenakan ke atas syarikat takaful adalah tambahan yang membebankan rakyat.

“Walaupun alasan kenaikan secara beransur-ansur untuk menjamin risiko yang tidak dijangka, namun kenaikan insuran 15 peratus adalah kenaikan yang tinggi.

“Mungkin kita pandang kenaikan 15 peratus ini rendah dan dibayar setahun sekali. Tetapi kenaikan ini berlaku serentak dengan pelbagai kenaikan harga barang dan perkhidmatan.

azrul_bimb“Ini sudah menjadi kenaikan yang berganda,” kata Azrul yang dipetik daripada kepada Keadilan Daily.

Pada 29 Januari lalu, Bank Negara Malaysia meluluskan kenaikan premium insuran takaful 15 peratus membabitkan kenderaan motosikal, kereta dan bas ekspress, bermula 15 Februari ini.

Azrul berkata, kelompok yang paling terkesan dengan kenaikan premium insuran 15 peratus adalah masyarakat luar bandar kerana mereka memerlukan sekurang-kurangnya motosikal yang mewajibkan perlindungan insuran.

“Di bandar ada pengangkutan awam, jika ingin berjimat. Tetapi, penduduk luar bandar susah dapatkan pengangkutan awam dan terpaksa guna kenderaan persendirian untuk bergerak.

“Orang kampung yang guna motosikal tetap perlu membayar insuran. Jika enggan bayar, pengguna tidak dapat cukai jalan. Penduduk kampung terpaksa menanggung kenaikan dan penduduk bandar turut terbeban.

“Kita tidak dapat menjangkakan apa lagi yang naik selepas ini. Siapa tahu pula, selepas ini cukai jalan pula akan dinaikkan,” katanya.

Tiada ulasan: