Oleh : Naeem Raffi
SHAH ALAM : Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) komited memastikan pusat pelancongan di wilayah itu berada dalam keadaan terbaik bagi menarik lebih ramai pelancong dalam dan luar negara.
Setiausahanya, Azahari Sairin, berkata MDKS telah menjalankan beberapa projek pembangunan, penambahbaikan dan pengubahsuaian di beberapa pusat pelancongan sepanjang tahun 2011 sehingga pertengahan 2013.
“Suatu yang merugikan buat MDKS sekiranya kelebihan yang ada di Kuala Selangor ini gagal diselengara dan di pertingkat.
“Jadi menerusi, dana yang diperoleh dari Sistem Maklumat Rekod Jalanraya Malaysia (MARRIS) dan Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor, MDKS dimanfaatkan sepenuhnya untuk tujuan itu,” katanya.
Sementara itu, kawasan puncak Bukit Melawati yang terhad dan bercerun membataskan usaha mendirikan struktur binaan seperti tandas awam.
Azahari berkata, selain kawasan berbukit, faktor menjaga keaslian kesan tinggalan sejarah antara punca tandas awam terpaksa dibina di Laman Budaya.
“Pada awal pembinaan, pihak MDKS juga mencadangkan lokasi tandas di puncak bukit tersebut bagi kemudahan pengunjung.
“Walaubagaimana pun, setelah kajian semula dilakukan, MDKS mendapati kawasan tersebut tidak sesuai memandangkan baki kawasan yang ada terhad,” jelasnya.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab rungutan pengunjung berhubung kedudukan tandas awam jauh dan tidak mesra pengguna kerana tiada penunjuk arah.
“MDKS sentiasa terbuka dan mengalu-alukan pendapat orang ramai dalam memastikan pusat pelancongan di wilayah ini berada dalam keadaan terbaik dengan kemudahan yang mesra pengunjung.
“MDKS akan menambah bilangan papan tanda tunjuk arah yang mencukupi untuk kemudahan pengunjung,” katanya.-EZY

Tiada ulasan:
Catat Ulasan