Isnin, 3 Februari 2014

Anwar di DUN Kajang elak rampasan kuasa Perak berulang

Oleh: Norhayati Umor


SHAH ALAM  : Pemilihan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Adun Kajang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) depan adalah bagi mengelakkan berlakunya rampasan kuasa di Perak pada 2009 berulang di Selangor.

Aktivis politik, Hishamuddin Rais, berkata rampasan kuasa boleh berlaku di Selangor selepas perletakan jawatan Adun Kajang, Lee Chin Cheh secara tiba-tiba dan tidak diketahui puncanya.

MB-AnwarSehubungan itu, katanya, satu tindakan bagi mengelakkan perkara terbabit berlaku perlu dielakkan.
“Kita ambil iktibar dari apa yang berlaku di Perak dengan kes Adun Jelapang yang dibeli dan ada cadangan pembubaran Dun hinggalah rampasan kuasa berlaku di Perak.

“Katakanlah Adun Kajang diugut atau ditimbulkan pelbagai krisis seperti Adun Jelapang, kita tidak tahu perkara dalaman yang berlaku itu.

“Jadi perlu dilakukan sesuatu mengelakkan perkara itu berlaku, ambil iktibar dari satu pensejarahan yang pernah berlaku,” katanya dalam Forum Anwar Dari Kajang ke Putrajaya di Kelab Radio Bangsar, baru-baru ini.

Hishamudin RaisHishamuddin berkata tiga perkara iaitu agama, bangsa dan raja sudah dicampur aduk bagi mewujudkan isu perkauman ketika ini.

“Berbeza dengan kes 13 Mei lalu, apabila hanya bangsa, tetapi sekarang dicampur aduk dengan lebih lagi iaitu agama dan raja. Jadi Pakatan Rakyat perlu lakukan satu tindakan menghalang perkara ini berlaku lagi,” katanya.

Pada pilihan raya umum Mei lalu, PKR menang dengan majoriti 6,824 undi dalam pertembungan enam penjuru dengan Barisan Nasional (BN), Berjasa dan tiga calon bebas.

Sementara itu, Anwar akan menjelaskan perkara terperinci berhubung keputusan PKR meletakkan beliau sebagai calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang, pada 3 Februari di Dewan Orang Ramai, Taman Mesra Kajang bermula jam 9.00 malam.EZY

Tiada ulasan: