DETIK DAILY |
"Keengganan BN sebelum ini untuk melaksanakan apa yang ditawarkan oleh PR itu membuktikan parti yang dipimpin oleh (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) itu tidak ikhlas dan tidak pentingkan rakyat," kata beliau.
Sebagai contoh, kata Mahfuz, para pemimpin BN sebelum ini berlumba-lumba membohongi rakyat kononnya negara akan bankrap kalau harga kereta diturunkan.
"Tiba-tiba sekarang BN tiru manifesto PR dan menawarkan penurunan harga kereta.
"Nampak benar berbohong, tidak ikhlas dan tidak pentingkan rakyat sebelum ini," kata Mahfuz.
Cerita BN meniru manifesto Pakatan tersebar ke seluruh dunia apabila Bloomberg melaporkannya dalam berita bertajuk "Malaysia's Najib unveils poll manifesto similar to Anwar's".
Pengarah Strategi KeADILan, Rafizi Ramli berkata, BN menciplak sekurang-kurangnya 22 idea di dalam manifesto Pakatan.
Mahfuz meminta rakyat menyedari bahawa janji-janji BN di dalam manifestonya itu hakikatnya adalah bukti kegagalannya memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk rakyat.
"Sebagai contoh, janji BN untuk melindungi pembeli rumah.
"Mengapa perlu tunggu sehingga menang PRU13 baru hendak buat sedangkan sepatutnya perkara itu sudah lama dilaksanakan dan semakin kemas langkah perlindungan kepada pembeli rumah," katanya.
Begitu juga dengan janji BN hendak meningkatkan jumlah permit teksi individu.
"Perkara itu sepatutnya sudah lama dilaksanakan tetapi sebaliknya BN menjadikan menjadikan pemandu-pemandu teksi sebagai hamba kepada syarikat-syarikat teksi," kata Mahfuz.
Beliau juga mendedahkan ulang siar janji-janji lama di dalam manifesto BN.
"Janji membina rumah mampu milik kepada rakyat contohnya adalah siaran ulangan janji-janji lama ketia Najib mula menjadi Perdana Menteri tetapi tidak dilaksanakan seperti yang dijanjikan," kata Mahfuz.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan