Di Pulau Pinang, berdasarkan kajian yang
dilakukan oleh Penang Institute untuk data tahun 2011 menunjukkan
majoriti di Pulau Pinang adalah bangsa Cina dengan 41.5%, bangsa Melayu
dengan 39.9% manakala India pula 10%.
Apabila bercakap langskap bangsa Melayu bumiputera di Malaysia, apabila Melayu mesti Islam.
Jadi mungkin atas pertimbangan ini &
juga bilangan bangsa melayu Islam di Pulau Pinang, dengan jumlah dana
lebih bagi yang dimiliki kerajaan negeri Pulau Pinang ditambah terdapat
ruang sebenarnya untuk menambahbaik & agama Islam telah diangkat dan
diberi lebih perhatian berbanding sebelum ini, oleh sebab itu
peruntukkan hal ehwal agama Islam di Pulau Pinang dinaikkan.
- Tahun 2008 …………..RM659,000.00
- Tahun 2009 ……………RM879,000.00
- Tahun 2010 ……………RM913,200.00
- Tahun 2011 ……………RM900,000.00
- Tahun 2012 ……………RM900,000.00
PERUNTUKAN TAMBAHAN TAHUNAN UNTUK SEKOLAH AGAMA RAKYAT (SAR)
- Tahun 2008 ………….TIADA
- Tahun 2009 …………..RM1.50 juta
- Tahun 2010 …………..RM1.75 juta
- Tahun 2011 …………..RM1.75 juta
SUMBANGAN DAN PENGIKTIRAFAN AL-HUFFAZ(Penghafal al-Quran)
- Tahun 2008………..TIADA
- Tahun 2009 ………….RM75,000.00
- Tahun 2010 ………….RM100,000.00
- Tahun 2011 ………….RM130,000.00
SUMBANGAN EHYA’ RAMADAN (KEPADA SELURUH MASJID)
- Tahun 2008 …………TIADA
- Tahun 2009 ………….RM213,000.00 setahun sehingga sekarang
Dan disebabkan angka-angka seperti di
atas inilah yang membangkitkan kemarahan pengerusi Barisan Nasional
Pulau Pinang sehingga bertindak mengkritik kerajaan Pulau Pinang di
bawah kendalian Lim Guan Eng.
Adakah Pulau Pinang Ke Arah Islamisasi?
Pengerusi BN Pulau Pinang Teng Chang Yeow mempersoalkan sama ada kerajaan negeri kini menuju ke arah Islamisasi dengan membangkitkan bahawa peruntukan bagi hal ehwal agama Islam meningkat 300 peratus tetapi tidak banyak diberikan kepada Dewan Perbandaran Cina Pulau Pinang.“Ketua Menteri Lim Guan Eng selalu mengusik pemimpin sebelumnya Koh Tsu Koon takut kepada Umno tetapi semasa pentadbiran (Koh), tidak ada begitu banyak peruntukan untuk majlis agama Islam,| katanya seperti dipetik dalam akhbar berbahasa Cina.“Lim lebih takut kepada PAS. Mereka hanya menang satu kerusi di Pulau Pinang, kenapa mereka perlu takut (kepada PAS) seperti ini?,” katanya dalam satu majlis makan malam anjuran MCA di Bagan – kawasan parlimen yang diwakili Lim – pada Isnin lalu.Kenyataan berkenaa, seperti disiarkan di akhbar semalam, tidak dipersetujui Lim yang berkata “Ini adalah satu sentimen rasis yang sangat jahat kerana ia memberi gambaran bahawa hak orang bukan Melayu atau bukan Islam dipinggirkan”.Lim berkata kenyataan daripada pemimpin BN itu tidak akan disiarkan dalam akhbar berbahasa Melayu seperti Utusan Malaysia yang dimiliki Umno.Sebaliknya, akhbar tersebut, akan menggambar beliau sebagai “anti-Melayu dan anti-Islam”, kata Lim.“Bagaimanapun, dalam akhbar berbahasa Cina, kita dituduh anti-bukan Melayu dan anti-bukan Islam,” kata Lim yang juga setiausaha agung DAP dalam satu sidang media.“Jika Umno dan Gerakan atau MCA di pentas sama, mereka tidak tahu apa untuk dikata, mereka akan berdiam diri.“Apabila Umno meruntuhkan satu tokong Hindu di Prai, Gerakan dan MCA juga berdiam diri. Dalam hal ini, nampaknya Umno akan berdiam diri”.Mengulas kenyataan Teng berhubung isu peruntukan untuk majlis agama Islam yang lebih kecil di bawah Koh, Lim berkata setiausaha agung Gerakan itu mengakui hakikan bahawa masyarakat berkenaan kurang diberi perhatian.“Kita peruntuk dana mengikut keperluan, terutama untuk golongan yang dipinggirkan oleh pentadbiran sebelum ini, memandangkan wang tersebut tidak masuk ke poket rakyat tetapi poket mereka sendiri,” katanya.Sumber : Malaysiakini
Jika kepada bangsa Melayu di akhbar
berbahasa Melayu : DAP berkuasa dan menghapuskan kuasa Melayu &
Islam semakin lemah di Pulau Pinang
Kepada bukan Melayu di akhbar berbahasa
Cina: Kerajaan Pulau Pinang kini menuju ke arah Islamisasi kerana
peruntukan yang diberikan untuk hal ehwal agama Islam meningkat 300
peratus
Tiada ulasan:
Catat Ulasan