BERPEKIK melalak segala juak-juak mereka di dalam satu perhimpunan.
Bermula dengan Presiden, Timbalan Presiden juga anak jantan muda dan
betina, kesemuanya melolong bagai histeria. Gegak gempita PWTC
dibuatnya umpama lembu kena penyakit 'lembu gila'.
Tidak lain tidak bukan hanya kerana ingin tunjukkan bahawa sebenarnya
mereka adalah pemimpin hebat dan gagah. Mereka bukan dari jenis 'roti
kosong' tanpa telor. Maka bertepuk sehingga merah telapak tangan
anak-anak buah mereka kerana bangga mereka mempunyai pemimpin yang
berani menyalak di gelanggang sendiri.
Hakikatnya, satu dunia tahu bahawa itulah pemimpin yang satu-satunya di
dunia ini paling penakut untuk berdepan dengan musuh politik mereka.
Sudah bertahun rakyat menanti pemimpin ini menunjukkan kejantanannya di
khalayak umum, berhujah dengan fakta dan ilmu bagi menangkis hujah lawan
politik mereka. Malang sekali, tiada sedikit pun keberanian di dalam
jiwa mereka kerana mereka mempunyai jiwa yang penuh dengan kekotoran.
Orang salah sememangnya selalu takut. Usahlah diberi berbagai alasan
lagi kerana rakyat semakin bijak kecuali yang bertepuk tangan di dalam
kandang PWTC itu yang belum sampai masanya untuk cerdik atau pun susah
untuk membuang sikap mengampu yang selama ini menjadi tradisi mereka.
Sang Timbalan tanpa rasa malu dan segan mengutuk dan mengeji anak Ketua
Pembangkang. Kononnya Nurul Izzah itu akan menyesatkan umat-umat
Islam. Memang buta mata beliau tidak tahu beza di antara Nurul Izzah
dengan Najwa, anaknya sendiri yang menjadi artis yang sering
'bertelanjang' itu. Patutnya beliau malu untuk menuduh anak orang lain
yang sentiasa menjaga moral dan auratnya sedangkan anaknya sendiri tubuh
badannya setiap hari menjadi santapan jantan-jantan kemaruk.
Begitu juga Sang Presiden. Menghina dan memburuk-burukkan Anwar dan
pimpinan seperti Tok Guru Nik Aziz. Buta juga mata anak orang Pekan ini
terhadap bini nya sendiri dan anak-anaknya yang juga 'bertelanjang'
mendedahkan aurat. Jika tanya kepada Iblis sekali pun, Iblis pun tahu
menilai siapa lebih mulia di antara Bik Mama dan Wan Azizah. Ertinya,
mereka yang bertepuk dan bersorak, kemudiannya menangis air mata buaya
di dalam PWTC hari itu, mereka lebih dahsyat dari Iblis untuk membuat
penilaian.
Cuba tanya perwakilan yang hadir, apa yang mereka boleh rumuskan dan
point-point yang mereka bawa balik dari PWTC? Sudah pasti mereka akan
lebih banyak bercerita tentang seronoknya tidor di hotel dan membeli
belah sepanjang mereka berhimpun. Kesihan mereka, sudahlah pergi tiada
berpahala, balik pula membawa dosa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan