Oleh Aspan Alias
Saya amat tertarik dengan apa yang dinyatakan oleh beberapa orang bekas pegawai tinggi Polis
yang telah bersara semasa kita sedang menghadapi saat akhir pilihanraya
umum kali ini, yang merupakan ‘mother of all general elections’.
Kenyataan yang banyak di keluarkan oleh bekas IGP, Musa Hassan
membuatkan beliau menjadi bahan polimik dan perbincangan di kalangan
ramai rakyat yang sentiasa mengikuti perkembangan terakhir sebelum
pilihanraya yang amat mendebarkan pihak BN ini.
Bagi pembangkang mereka bukan lah pihak yang ‘desperate’ seperti UMNO dan BN kerana kekalahan sudah menjadi pakaian mereka sejak dari kita mula mencapai kemerdekaan dahulu. Pemimpin-pemimpin pembangkang telah ramai ditahan di bawah ISA bertahun-tahun lamanya. Pengalaman serta tekanan yang terlalu kuat kepada pimpinan parti ini telah membuatkan PAS sebagai satu parti yang mempunyai ‘resilience’ yang tinggi. Jika PAS dan DAP dituduh pihak yang desperate, itu merupakan tuduhan liar.
Begitu juga DAP yang telah menjadi mangsa mainan politik ganas BN
sehinggakan Lim Guan Eng pernah ditahan kerana memperjuangkan nasib
seorang kanak-kanak perempuan di bawah umur yang di katakan telah di
perkosa oleh seorang pemimpin besar UMNO. Anwar Ibrahim tidak payah di
ceritakan lagi sekarang kerana duduk didalam tahanan memang sudah
menjadi mainan bagi beliau.
Dalam isu bekas pegawai polis ini, yang paling menarik ialah isu
kenyataan Musa Hassan, seorang IGP, yang sangat ‘controversial’ semasa
menjadi IGP dahulu. Beliau dikatakan telah memainkan peranan penting
untuik memperlakukan apa yang di perlukan oleh pimpinan UMNO dan BN yang
begitu ‘desperate’ sehinggakan Musa berserta dengan Peguam Negara telah
banyak melepaskan pemimpin-pemimpin durjana dari terperangkap di dalam
penjara Sungei Buluh dan penjara-penjara yang lain.
Kini Musa membuat kejutan dengan bercakap tentang apa yang berlaku di
dalam pasukan polis semasa beliau menjadi IGP dahulu. Kini Musa sedang
menceritakan bagaimana pemimpin politik telah masuk campur di dalam hal
ehwal dan urusan polis dan pemimpin yang di maksudkan oleh Musa itu
termasuklah Perdana Menteri, Najib Tun Razak, dan Menteri Dalam Negeri,
Hishamuddin Hussein, sendiri.
Banyak pihak yang memberikan reaksi yang tidak menyebelahi Musa kerana
Musa lah orangnya yang bermain-main dan tunduk kepada kuasa politik dan
membuatkan Polis itu sebagai pasukan yang tidak ‘professional’ dan
berbagai-bagai ‘superlatives’ yang di hamburkan kepada bekas IGP itu.
Bagi saya, ingin pula rasanya untuk memberikan komen sedikit tentang
isu ini. Saya mengibaratkan bekas Ketua Polis negara itu dan mana-mana
pegawai tertinggi yang lain, mereka hanyalah melakunkan apa yang di arah
oleh Pengarah sebuah filem. Ibarat Salleh Kamil, sebenarnya orang baik
tetapi beliau selalu melakunkan watak jahat di dalam filem-filem lakunan
beliau. Beliau hanya melakunkan apa sahaja yang di arah oleh
pengarahnya yang selalunya adalah P Ramlee.
Dalam isu Musa ini saya merasakan beliau terpaksa melakunkan watak
seperti yang di tuduh oleh setengah pihak. Sebenarnya pengarah kepada
lakunan dalam isu Musa ialah Perdana Menteri dulu, Dr Mahathir, selepas
itu Pak Lah dan Najib Razak. Begitulah nasib seorang yang telah
diperguna oleh pimpinan politik tinggi.
Tetapi kini Musa tidak berlakun lagi kerana beliau telah bersara.
Apabila seseorang pelakun itu bersara dia akan kembali menjadi diri nya
yang sebenar. Kalau baik, maka dia akan jadi orang baik seperti di luar
filem lakunannya. Jadi seorang pelakun yang telah bersara tentulah
seseorang pelakun itu bercerita tentang semua filem lakunannya dan
memberikan komen tentang pengarah yang mengarahkan lakunnya dahulu.
Moral kepada andaian ini ialah yang jahatnya ialah pengarah filem yang
mengarahkan lakunan itu. Bagi saya komen negatif dari Dato Ramli Yusuf
yang telah menjadi korban Musa semasa itu adalah relevan jika di kira
dari sudut perlakuan Musa terhadap beliau. Tidak ada siapa yang tahu
semasa itu Dato Ramli mungkin tidak di senangi oleh pimpinan besar
negara kerana Dato Ramli terkenal sebagai seorang pegawai dan penjawat
awam yang baik.
Pemimpin politik tidak gemar dengan orang baik kerana orang baik akan
menjahanamkan masa depan ahli politik, apa lagi kepada kumpulan ahli
politik yang tidak jujur dan melakukan rasuah dan berbagai-bagai jenayah
yang lain. Kadangkala penjawat awam tidak naik pangkat kerana mereka
baik. Itu sebabnya ramai pegawai yang kotor imejnya sekarang naik
pangkat setiap tahun atau dua tiga tahun sekali. Dalam sistem di negara
ini yang sangat pelik ialah, yang buruk perangai itu kekal dan naik
pangkat dengan cepat.
Ini adalah satu ‘attribute’ yang biasa bagi pimpinan yang kotor dan
korap. Bagi saya Musa adalah seperti manusia yang lain juga. Beliau juga
berhak untuk menjadi baik dan memberitahu apa yang tidak baik yang
berlaku. Siapa yang pelaku sebenarnya atau pengarah kepada lakunan ini
bagi saya yang bersalah ada hak di sisi Tuhan untuk menjadi baik. Musa
juga seperti ramai yang lain tentulah ada perasaan yang menghantui
beliau yang memaksa beliau memberi tahu cerita dan kejadian yang
sebenarnya.
Dalam hal politik negara kita, yang penting bagi rakyat ingin tahu
ialah apa sebenarnya yang berlaku semasa beliau (Musa) menjadi IGP.
Sekarang ini Musa sedang menceritakan apa salah laku yang di lakukan
oleh pemimpin politik semasa beliau menjadi ketua polis negara dulu.
Apa yang telah di ceritakan oleh Musa akhir-akhir ini telah banyak
membantu rakyat untuk membuat keputusan semasa pilihanraya nanti.
Kesalahan Musa itu lain halnya. Hal yang ingin diketahui rakyat ialah
kenapa jenayah besar itu berlaku dan siapa yang melakukannya. Rakyat
ingin tahu siapa yang bunuh Altantuya misalnya. Walaupun Musa mungkin
kurang kredibilitinya sebagai penjawat awam, tetapi isi yang diceritakan
beliau itulah yang paling penting.
Sekarang ini banyaklah perkara yang sebenarnya berlaku telah di
ketahui umum dan itu lah yang terpenting sebenarnya semasa rakyat sedang
membuat pertimbangan politik yang sangat penting tidak lama dahulu.
Jika Musa di ambil tindakan jika beliau benar-benar bersalah, ada
sistem dan undang-undang yang menyediakan penyelesaiannya. Tetapi Musa
telah banyak memberi tahu bagaimana Mahathir menggunakan polis dalam isu
Anwar Ibrahim. Begitu juga apa yang di campuri oleh ramai ahli-ahli
politik negara.
Pengakhir kata, jika Musa bersalah sekali pun, Pengarah yang
mengarahkan beliau untuk melakukan kerja bodoh dan busuk itu perlu
mendapat hukuman. Dalam sesebuah filem itu Pengarah Filem tersebut lah
yang patut di ambil tindakan, kerana ‘idea’ bodohnya lah yang boleh
memudharatkan rakyat dan negara.
Bagi saya jika Musa (jika benar) ‘jahat’ kata-kata dan pendedahan
beliau itu menunjukkan beliau ingin membuat kebaikan dan beliau perlu
saya terima. Pihak yang bermasalah ialah pihak yang tidak mahu lagi
untuk melakukan kebaikan. Musa sudah merasakan yang pentadbiran yang
baru nanti merupakan pentadbiran yang lebih baik, beliau tidak akan
dapat meletakan diri beliau secocok dengan keadaan sekeliling yang sudah
kembali baik.
Musa berhak untuk memilih untuk melakukan tindakan untuk pihak yang
lebih baik dan itu merupakan tindakan yang terpuji. Jika Musa merasakan
tindakan beliau itu boleh membantu untuk kebaikan ramai, kenapa tidak
diteruskan sahaja tindakan-tindakan yang beliau sedang lakukan.
Dalam sejarah Khalid Al-Walid, dia bermusuh dengan Islam dan ingin
membunuh Rasulullah.saw akhirnya dia mendapat hidayah dan berperang,
memihak kepada Islam dan mendapat gelaran ‘pedang Allah’.Tidak pula ada
di kalangan orang Islam semasa itu mengungkit-ngungkit apa yang telah
dilakukan oleh Khalid Al-Walid semasa berperang menentang Islam sebelum
itu.
Sekarang Musa Hassan pula telah menyerang secara terbuka Menteri Dalam Negeri dan Perdana Menteri. Kita belum lagi mendengar reaksi dari pemimpin-pemimpin yang di tuduh oleh Musa itu, baik Dr Mahathir, Najib atau pun Hishamuddin. Mereka seolah-olah tidak dapat menjawab dan menafikan segala apa yang di perkatakan oleh Musa itu. Yang penyokong-penyokong UMNO di tepian hendak sibuk mengecam Musa ini apa hal nya?
Biarkan sahaja kebenaran timbul dengan sendirinya.
Sekarang Musa Hassan pula telah menyerang secara terbuka Menteri Dalam Negeri dan Perdana Menteri. Kita belum lagi mendengar reaksi dari pemimpin-pemimpin yang di tuduh oleh Musa itu, baik Dr Mahathir, Najib atau pun Hishamuddin. Mereka seolah-olah tidak dapat menjawab dan menafikan segala apa yang di perkatakan oleh Musa itu. Yang penyokong-penyokong UMNO di tepian hendak sibuk mengecam Musa ini apa hal nya?
Biarkan sahaja kebenaran timbul dengan sendirinya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan