Pengerusi Jawatankuasa  Industri, Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Pelancongan dan Hal Ehwal Wanita negeri, Datuk Hamidah Osman membuat laporan polis hari ini terhadap Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Remis, Nga Kor Ming yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan terhadapnya.
  
Dalam laporan itu, Adun Sungai Rapat itu mendakwa  pada kira-kira pukul 3.30  petang, Khamis lepas, ketika berada di dewan makan, Dewan Undangan Negeri Perak, beliau didatangi oleh pemimpin DAP itu yang berkata kepadanya "You revealed, watch out, I will go after you".
  
Hamidah mendakwa kejadian itu disaksikan oleh Adun Hulu Kinta Datuk Rusnah Kassim.
  
Beliau berkata laporan polis itu dibuat demi keselamatan diri dan
keluarganya daripada kejadian yang tidak diingini.
  
Laporan itu dibuat di Balai Polis Kampung Rapat, dekat sini pada kira-kira 9.30 pagi. Bernama