Kumpulan pendesak Melayu PERKASA hari ini membayangkan haram bagi umat Islam
untuk mengundi MCA dalam pilihan raya ekoran kenyataan terbarunya
berhubung hudud yang didakwa menghina Islam.
Setiausaha agungnya Syed
Hassan Syed Ali berkata, walaupun PERKASA memutuskan untuk memenangkan
BN dalam pilihan raya umum depan, tidak bermakna ketetapan itu tidak
boleh berubah terhadap calon MCA.
“Soal Islam, tiada kompromi daripada PERKASA. Haram umat Islam dalam PERKASA memilih pihak yang menghina Islam,” kata Syed Hassan.
“Sudah
berkali-kali PERKASA ingatkan MCA supaya jangan hina Islam dan
mana-mana pihak pun jangan sesekali politikan Islam. (Presiden MCA Dr)
Soi Lek masih ada masa untuk tarik balik kenyataannya itu sebelum
terlambat.
Syed
Hassan berkata, walaupun anggotanya tidak akan mengundi PKR atau DAP,
pasti terdetik di hati mereka ”pastinya haram bagiku memilih MCA kerana
mereka menghina agama Islamku, jadi apa perlu aku keluar mengundi”.
Dalam kenyataannya hari ini, Syed Hassan juga membangkitkan persoalan tujuan kenyataan Dr Chua yang menyentuh isu sensitif itu sedangkan pemimpin veteran itu sudah lama bersama dengan “rakan Islam”.
Dalam kenyataannya hari ini, Syed Hassan juga membangkitkan persoalan tujuan kenyataan Dr Chua yang menyentuh isu sensitif itu sedangkan pemimpin veteran itu sudah lama bersama dengan “rakan Islam”.
“Apakah kita mahu berlaku di sini? Umat Islam wajib pertahankan hukum hudud yang sebenar. Bukan hukum hudud ala PAS,” katanya.
Menyentuh
kenyataan Dr Chua itu, Syed Hasan membidasnya, hudud tuntutan Islam
tidak akan membuatkan rakyat hilang pekerjaan, malah memberi banyak
peluang pekerjaan.
Justeru, katanya lagi, Chua lebih baik berdiam diri kerana beliau didakwa tidak faham apa itu hukum hudud sebenarnya.
Syed
Hassan juga mengingatkan supaya perkara sensitif tidak diusik, termasuk
yang melibatkan agama bukan Islam, kerana ia pasti mendatangkan
kemarahan pihak lain.
“Banyak
terjadi di sesetengah negara luar, isu agama boleh jadi huru hara
sehingga bunuh membunuh antara penganut agama berlainan.” katanya lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan