Isnin, 29 Oktober 2012

Enam maut dalam tragedi kemalangan berasingan

ANTARA POS.COM
 

Post Pic

 PULAU PINANG: Keseronokan percutian empat sekawan sempena cuti perayaan berakhir dengan tragedi apabila kereta yang dinaiki mereka merempuh tembok penghadang Jambatan Pulau Pinang di Kilometer 1.6 menghala ke tanah besar di sini awal pagi ini, sehingga mengorbankan tiga nyawa.
 
Dalam nahas pukul 3.15 pagi itu, mereka yang terbunuh adalah pemandu kereta Proton Perdana, Sadisafizan Said dari Selayang dan penumpang hadapan Muslim Idwar dari Gombak.
 
Kedua-duanya yang berusia 30-an meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah.
 
Seorang lagi yang turut maut ialah gadis warga Indonesia dikenali sebagai Mai Linda berusia 18 tahun yang meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang (HPP) pukul 10.30 pagi semalam.
 
Sementara itu di Kubang Pasu pula tiga sekeluarga yang pulang daripada membeli-belah untuk persiapan menyambut Deepavali maut dalam kemalangan melibatkan dua buah kereta di persimpangan lampu isyarat di Taman Suria, Jalan Tunjang-Jitra di sini petang kelmarin.
 
Dalam nahas pukul 5.40 petang itu, mangsa, M. Kannigah, 61, dan G. Rathika, 29, yang merupakan jiran Kannigah meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan teruk di bahagian badan.
 
Selain itu, cucu Kannigah, J. Tivyaamsheni, 13, yang merupakan pelajar perempuan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Convent Bukit Mertajam disahkan meninggal dunia di Hospital Jitra.
 
Kesemua mereka menaiki sebuah kereta Proton Iswara yang dipandu oleh D. Sivaprakash, 33, yang juga suami Rathika. - Utusan Malaysia

Tiada ulasan: