Ahad, 28 Oktober 2012

Pemimpin BN Rampas Kerusi Roda?

ENTAH atas arahan siapa, tetapi dipercayai arahan pemimpin UMNO Beluran, ada pihak yang sanggup bertindak kejam dan di luar perikemanusiaan merampas kerusi roda daripada OKU yang menghadiri Majlis Angkatan Perubahan Sabah (APS) di Beluran di hadapan lebih 100 orang penduduk.

Kejadian memalukan atau 'buruk siku' berkenaan terjadi di daerah mengundi Kaniogan iaitu sebuah kampung yang terletak di sebuah pulau terpencil dalam daerah Beluran yang hanya dapat dihubungi melalui pengangkutan laut merentasi Lautan Sulu dan mengambil masa 90 minit dengan kadar kelajuan 60 knot.

Kg. Kaniogan menyumbangkan kira-kira 461 pengundi berdaftar yang terdiri daripada rakyat jati tempatan.

Menurut mangsa, tuntutan ajaran ugama Islam, sesuatu harta benda yang telah diwakafkan kepada seseorang, apatah lagi dirinya sebagai OKU; Pewakaf tidak lagi mempunyai hak untuk menuntut kembali harta benda tersebut, namun bagi UMNO/BN tuntutan ajaran ugama boleh dipolitikkan.

"Saya, sama seperti orang lain yang inginkan perubahan, mengesyorkan kepada pihak yang berwajib agar mengembalikan kerusi roda tersebut," ujar mangsa yang terkejut dengan peristiwa zalim berkenaan semata-mata marah kerana beliau menghadiri majlis APS.

Sementara itu, Pengerusi APS Beluran, James Miki dan Ketua Cabang PKR, Ambrose Kadandi telah menyerahkan empat ekor lembu korban kepada penduduk Pulau Kaniogan dan Pulau Tetabuan yang masing-masing menerima dua ekor lembu korban sempena perayaan Aidiladha. CYBERTROOPER APS BELURAN (sabahkini)

Tiada ulasan: