Pelakon
Ana Dahlia menganggap tuduhan yang mengatakan dia berlaku curang
sehingga menyebabkan konflik dalam rumah tangganya bersama Chef Riz
sebagai kontroversi yang tidak dapat dielak dalam dunia hiburan.
Ana atau
nama sebenarnya Diyana Mastura Jaafar, 29, berkata, dia tidak perlu
melenting atau terkejut kerana tuduhan itu tidak benar sama sekali
kerana dia sibuk bekerja hampir setiap hari.
“Saya tidak terkejut pun
dengan tuduhan ini kerana ia tidak berlaku. Demi Allah, saya tidak
pernah curang kerana hampir setiap hari saya sibuk bekerja.
“Saya percaya isu ini timbul kerana perasaan dengki dan cemburu pihak tertentu terhadap rumah tangga kami.
“Ia adalah perkara normal dalam dunia hiburan,” katanya.
Gosip
terbaru mengenai perkahwinan Ana dengan anak lelaki chef tersohor, Chef
Wan ini kembali diperkatakan apabila Ana didakwa kerap keluar bersama
bekas teman lelakinya.
Ana sah bergelar isteri kepada Chef Riz atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Redzuawan, 31, pada 11 Disember 2011.
Ditanya
mengenai tuduhan tersebut, bekas pramugari AirAsia ini memberitahu dia
dan bekas teman lelakinya sudah terputus hubungan dan membawa haluan
hidup masing-masing.
“Bagi saya, kisah dengan bekas kekasih adalah perkara lepas dan ia sudah lama berakhir.
“Saya tidak pernah berhubung dengan dia, apatah lagi untuk keluar bersama atau menjalin hubungan semula.
“Saya tidak pernah berhubung dengan dia, apatah lagi untuk keluar bersama atau menjalin hubungan semula.
“Saya pun
tidak tahu di mana dia dan mungkin juga sudah berkahwin. Kalau betul
saya keluar dengan bekas kekasih, pernah ke ada pihak yang nampak atau
jumpa kami?” soalnya.
Kata bekas peserta rancangan Pilih Kasih
musim pertama ini, dia enggan mengambil peduli mengenai gosip itu
kerana kebenaran sesuatu perkara terletak hanya diketahui oleh Allah.
“Tuhan
maha mengetahui setiap apa yang berlaku. Tidak perlulah saya
bersusah-payah hendak menafikan atau sembunyikan kisah ini jika benar
saya berlaku curang.
“Kalau ia
benar-benar berlaku, lambat-laun orang pasti tahu juga,” katanya yang
mengakui pelbagai dugaan hidup yang berlaku menjadikannya semakin kuat
dan tabah.
Dalam
perkembangan lain Ana berkata, dia mengalami demam dan sakit tekak
kerana kurang rehat ekoran komitmen pada penggambaran drama bersiri 26
episod berjudul Cinta Itu Bukan Milikku arahan Emi Suffian Sabhe yang pernah mengarahkan Vanila Coklat sebelum ini.
“Saya
tidak sihat dan hilang suara sekarang. Mungkin kerana saya kurang rehat
dan banyak menjerit untuk babak-babak saya diserang histeria dalam
drama terbaru Cinta Itu Bukan Milikku.
“Penggambaran
drama ini masih berlangsung sehingga hujung bulan hadapan. Insya-Allah
ia akan ditayangkan untuk slot Akasia di TV3 pada awal November
nanti,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan