Isnin, 29 Oktober 2012

Pekerja estet tak puas hati dengan langkah pengusiran

 
MALAYSIA KINI


 
Pekerja estet Ladang Bangi tidak puas hati dengan tindakan pemaju Transloyal Development Sdn Bhd yang mengantar notis meminta mereka hadir ke Mahkamah Tinggi Shah Alam sebagai sebahagian daripada proses pengusiran.

Ini ekoran saman yang difailkan pada 17 Oktober lalu tetapi didakwa hanya diserahkan semalam, sepuluh hari kemudiannya, kata Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia S Arutchelvan.

PSM Ladang Bangi court order police report S Arutchelvan"Menghantarnya pada Sabtu dan beharap pekerja tunjuk muka pada pagi Isnin - dan pejabat peguam tutup pada hari minggu - mereka (pemaju) sebenarnya harap pekerja tidak hadir ke mahkamah," katanya.

Sekumpulan 24 pekerja dan anak-anak mereka hari ini membuat laporan polis berhubung perkara itu di ibu pejabat polis daerah di Kajang, yang mengadu tiada nama spesifik pada notis dan ia dimasukkan ke peti surat rumah kosong.

Dalam makluman kepada media, penduduk juga berkata, mereka terkejut kerana baru sahaja habis membuat rundingan bagi penyelesaian pada 25 Oktober yang turut melibatkan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) dan kerajaan Selangor.

Mereka menyifatkan tindakan pemaju itu sebagai "taktik kotor untuk memangsakan penduduk".

Tiada ulasan: