Persatuan
Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menamakan rangkaian kedai kopi
Starbucks sebagai calon untuk Anugerah Organisasi Tiada Kemanusiaan
(OXK).
Menurut mereka, penganjuran ‘anugerah sinis’ itu didakwa bertujuan
untuk mempertahankan hak pengguna.
Ketua aktivis PPIM Datuk Nadzim
Johan berkata, kedai kopi itu dicalonkan bagi anugerah berkenaan atas
dakwaannya bahawa sebahagian wang mereka diperuntukkan kepada rejim
Yahudi di Israel.
“Starbucks memperuntukan sebahagian keuntungan kepada rejim Yahudi sebagai sokongan mereka kepada perjuangan Yahudi. Yahudi juga bersubahat lakukan kezaliman.
“Mereka
(Yahudi) membunuh bukan sahaja orang Islam tetapi kanak-kanak juga.
Sebab itu kita letak mereka di bawah anugerah tiada kemanusiaan,”
katanya pada sidang media di ibu negara semalam.
Nadzim juga berkata, mereka menamakan organisasi tersebut berdasarkan aduan yang diterima sebelum ini.
Malaysiakini telah
menghubungi Starbucks Corporation melalui alamat emel yang diperolehi
melalui laman starbucks.com.my bagi mendapatkan reaksi berhubung
dakwaan berkenaan serta pencalonan untuk anugerah tersebut.
Tiada maklum balas diberikan setakat ini.
Tiada maklum balas diberikan setakat ini.
Selain anugerah OXK, PPIM semalam turut melancarkan Anugerah Organisasi Tidak Prihatin (OXP) bagi kempen ke atas organisasi yang didakwa menindas serta mendiskriminasi pengguna.
Bagi calon anugerah
OXP, PPIM menamakan pasaraya Giant, pasaraya The Store, organisasi
kewangan Bank Rakyat, firma Malaysian Building Society Berhad (MBSB),
penyedia perkhidmatan televisyen berbayar Astro dan agensi tiket, Ticket
Charge.
Bagaimanapun,
organisasi yang dinamakan PPIM sebagai calon untuk Anugerah Organisasi
Tidak Prihatin (OXP) melahirkan rasa “kurang senang” kerana dibariskan
dalam senarai tersebut.
The Store
misalnya berkata perkara dibangkitkan itu sebagai “kesilapan teknikal”
cawangan pasarayanya sementara Giant pula berkata belum maklum
berhubung perkara tersebut.
Malaysiakini masih cuba mendapatkan reaksi daripada syarikat lain yang dinamakan PPIM.Sumber: Malaysiakini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan