SABAH KINI |
KUALA
LUMPUR : Blogger Amizudin Mamat hari ini dijatuhi hukuman penjara tiga
bulan oleh Mahkamah Tinggi di sini selepas dia didapati bersalah
menghina mahkamah apabila menerbitkan 11 lagi artikel memfitnah Menteri
Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.
Hakim Datin Zabariah Mohd Yusof semasa menyampaikan keputusan itu berkata Amizudin
telah melanggar perintah mahkamah yang melarangnya daripada terus
menerbitkan artikel memfitnah mengenai Rais dalam laman blognya.
“Ini
satu kes penghinaan yang serius, mahkamah kenakan perintah custodial
selama tiga bulan penjara, berkuatkuasa hari ini,” katanya.
Beliau
berkata jika dilihat keseluruhan kes itu, penghinaan yang dilakukan
Amizudin bukan sekali berlaku, tetapi beberapa kali dan ia bukan satu
perkataan yang boleh diterima.
“Saya nak baca perkataan itu pun, tidak tergamak,” katanya.
Selepas
Zabariah membacakan keputusannya, Amizudin yang berada di luar kandang
tertuduh bangun dan berkata, “Saya mengaku saya silap, saya memohon
maaf, saya tidak faham”. (Bernama)
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan