Oleh : PAPPARAZZI SABAHKINI.NET |
HASRAT
Barisan Nasional Sabah untuk merampas kerusi DUN Sri Tanjung (Tawau)
dan Parlimen Kota Kinabalu daripada DAP dan mengekalkan 59 kerusi DUN
dan 24 kerusi Parlimen di Sabah, mungkin tidak kesampaian jika Ketua
Menteri Sabah mengekalkan calon yang sedia ada kerana majoritinya
sinonim dengan 'Mundu' (Lanun) dan bukannya 'Komando' (I Command You
Do).
Sikap Wakil Rakyat
UMNO dan BN Sabah telah menyukarkan Musa Aman menunaikan janjinya kepada
Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak untuk memastikan BN
Menyapu bersih semua kerusi di Sabah bagi memastikan BN terus
mengekalkan gelaran 'Fixed Deposit' sejak beliau mengambil alih tampuk
pemerintahan Sabah pada 1 April 2003.
Majoriti
Wakil Rakyat BN Sabah, terutama UMNO, UPKO dan PBS; seperti Samsuddin
Yahya, Salleh Kalbi, Suhaili Said, Nilwan Kabang, Abdul Muis Picho,
Rubin Balang, Sairin Karno, Nasrun Mansur, Abas Ali, Michael Assang,
Radin Malleh, Zakaria Edris, Harman Mohammad, Nasir Tun Sakaran, Ramlee
Marhaban, Mohd Shafie Apdal, Saddi Abdul Rahman, John Teo Mau Sing,
Masiung Banah dan sebagainya adalah 'Liabiliti' kepada BN kerana dibelit
pelbagai Skandal dan dipalit pelbagai masalah peribadi.
Cacat
cela Wakil Rakyat BN ini ditambah pula dengan ketidak wibawanya Sayap
Kanan iaitu Pemuda yang diketuai Datuk Haji Awang Kadin Tang; ketumpulan
Saiwar Sayap Kiri iaitu Wanita UMNO yang dipimpin Datuk Armani Datuk
Mahiruddin; Kesuraman Gerak Bakti 'Bulu Ketiak' iaitu Pergerakan Puteri
UMNO yang disandang Musliati Molimin.
Sewajarnya,
dalam keadaan BN bakal diserang mengejut parti pembangkang pada PRU-13,
maka Sayap Kanan, Sayap Kiri dan Bulu Ketiak (Tidak ada gelaran yang
sesuai untuk Puteri) UMNO Sabah mengemaskan jentera bagi memastikan
setiap serangan lawan dapat dipatahkan di luar gelanggang.
Namun,
Musa yang dikelilingi oleh 'Bupeka' (Budak Pengilap Kasut) dan 'Bupesa'
(Budak Pengipas Satey) akan menghadapi masalah besar untuk
mempertahankan kubu masing-masing setelah 'Mundu' seperti 'Pahlawan
Katak' dari Beaufort meninggalkan UMNO.
'Bupeka'
dan 'Bupesa' ini bakal menyebabkan Musa sukar memastikan
serangan-serangan demi serangan pembangkang dapat ditumpaskan dengan
jayanya seperti Skandal Hong Kong yang memakan masa terlalu lama untuk
diselesaikan kerana Musa tidak mempunyai walau seorang 'Komando' yang
patuh kepada arahannya tanpa bertanya sepatah haram.
BAPEKA......Pairin sewajarnya menjadi 'Pendekar' kepada Musa dan bukannya sebagai Bapa Pengilap kasut (BAPEKA).
Dari
segi ekonomi, misalnya, Sabah mungkin menerima pelaburan luar secara
terus (FDI) lebih 10 Trillion USD jika Menteri Kabinet di Sabah
menjalankan tugas semulia Menteri Pelancongan Sabah, Datuk Masidi Manjun
dan sebijaksana Menteri Luar Malaysia, Datuk Seri Anifah Aman.
Persoalannya,
kebanyakan Menteri Kabinet Sabah adalah 'Siluman Lanun' (Mundu) kerana
lebih mementingkan diri dan dijangkiti Sindrom WHIIFM (What's In It For
Me) sehingga membelakangkan kepentingan Sabah dan Malaysia.
Contoh
paling ketara, seorang Menteri Kabinet Sabah bagaikan mencurahkan 'Air
Sejuk' ke dalam gelas yang panas sehingga retak dan berkecai ketika
secara 'terpaksa' menemui serombongan 30 pelabur ulung dari China yang
ingin mengusahakan sektor perladangan bersepadu dan akuakultur.
"Kenapa
mau datang jumpa saya. Saya tidak suruh kamu datang," marah Menteri
Kabinet berkenaan yang sekaligus telah menghampakan para pelabur kerana
tidak langsung mempedulikan Blueprint Cadangan Pelaburan yang
dikemukakan rombongan pelabur berkenaan.
Dalam
kes yang memalukan itu, pelabur tidak mengalihkan pelaburan mereka ke
Indonesia atau Filipina; sebaliknya masih menunggu 'Menteri Kabinet yang
berjiwa Malaikat' untuk menerima tawaran mereka dengan tangan terbuka;
bukannya Menteri yang menunjukkan 'Jari Hantu' atau 'Telunjuk Lurus
Kelingking Berkait'.
Malangnya,
Pegawai Kanan Musa menghalang para pelabur bonafide ini menemui Ketua
Menteri sehingga hasrat mereka kecundang di tengah jalan dan terpaksa
pulang dengan tangan kosong.
Siapalah
saya untuk menyampaikan 'kekecewaan pelabur' ini kepada Ketua Menteri
Sabah yang mungkin berbangga dengan berbilion ringgit surplus Sabah
sehingga lupa beratus trillion USD bersepai di tiup angin 'rasuah' yang
semakin membadai!
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan