|
Sambil meminta pengundi Sibu supaya menolak pembangkang, Taib berkata pembangkang menimbulkan pelbagai isu termasuk yang asing kepada negeri itu dan menyentuh soal keagamaan.
"Ini boleh menjejaskan keharmonian dan perpaduan rakyat," katanya.
"Kami jarang berdepan dengan situasi seperti ini. Kami biasa dengan isu tempatan. Keadaan sekarang berbeza dengan pihak mengeksploitasi isu dari Semenanjung dan membawa masuk corak politik dari sana ke sini," katanya.
Taib juga menasihatkan pengundi Sibu supaya menolak pembangkang dan menyokong BN supaya parti pemerintah boleh terus mendokong perjuangan untuk membela nasib rakyat.
Kerusi Parlimen Sibu itu kosong berikutan kematian penyandangnya, Datuk Robert Lau Hoi Chew, yang juga Timbalan Menteri Pengangkutan, pada 9 April lalu.
Pilihan raya kecil itu pada Ahad ini menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon BN Robert Lau Hui Yew, calon DAP, Wong Ho Leng dan calon Bebas, Narawi Haron.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan