|
Bercakap kepada pemberita di Sibu hari ini, beliau berkata pengundian di Ibu Pejabat Polis Bahagian dijalankan hanya esok sahaja manakala bagi kedua-dua kem tentera itu pula, ia akan berlanjutan sehingga Jumaat.
Beliau berkata 2,537 orang akan melaksanakan tugas sebagai pengundi di ketiga-tiga tempat berkenaan.
Sementara itu, Justani berkata 271 pekerja Suruhanjaya Pilihan Raya yang layak mengundi tetapi terbabit dalam pilihan raya kecil itu akan mengundi di Pejabat Daerah Sibu mulai 2 petang esok.
Pengundian pos secara percubaan diadakan di Pejabat Daerah Sibu hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan