SIBU — Kurang 40 peratus pengundi keluar menunaikan tanggungjawab - paras yang dilihat rendah — dalam empat jam pertama pada pilihan raya kecil kerusi Parlimen Sibu.
Jurucakap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata pihaknya merekodkan 37 peratus atau 20,241 pengundi keluar mengundi setakat 10 pagi tadi.
Bagaimanapun Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar dipetik Bernama menjangkakan peratusan keluar mengundi akan meningkat selepas tengah hari ini.
Proses pengundian akan ditutup secara berperingkat menjelang pukul 5 petang.
Sehingga 11 pagi tadi, sejumlah 15,767 orang atau 28.8 peratus pengundi telah keluar mengundi.
Peratusan keluar mengundi antara 9 dan 10 pagi secara perbandingan lebih tinggi berbanding enam peratus antara 8 dan 9 pagi.
SPR menjangkakan kira-kira 80 peratus akan keluar mengundi bagi pilihan raya kecil ini.
Bagaimanapun calon DAP Wong Ho Leng yang ditemui sebentar tadi meragui peratusan keluar mengundi akan mencecah 80 peratus.
Proses mengundi pilihan raya kecil bermula pagi ini sebaik sahaja pusat-pusat mengundi dibuka pukul 8 pagi ini.
Seramai 2,537 pengundi pos, terdiri daripada 1,910 anggota tentera dan 627 anggota polis telah mengundi pada Khamis dan Jumaat.
Cuaca yang baik di sebelah pagi merupakan petanda baik bagi proses penggundian untuk berjalan lancar sebaik para pengundi mula beratur sebelum pusat mengundi dibuka bagi memilih sama ada calon Barisan Nasional (BN) Robert Lau Hui Yew, Wong atau calon Bebas Narawi Haron.
Para pengundi dinasihatkan keluar awal hari ini kerana Jabatan Meteorologi Department meramalkan ribut petir di sebelah tengah hari.
Polis menggerakkan 2,000 petugas bagi memastikan penggundian berjlan lancar.
Sepuluh pusat mengundi akan ditutup pada pukul 1 tengah hari, lima pada pukul 2 petang, enam pada pukul 3 petang, dua pada 4 petang dan 22 pada 5 petang. Semua kotak undi akan dibawa ke pusat pengiraan di Pusat Sivik Sibu di sini.
Keputusan bagi pertandingan tiga penjuru dijangka diumumkan oleh SPR, dan paling awal keputusan dijangka dapat dketahui ialah pukul 9 malam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan