Khamis, 20 Mei 2010

Pusat akses Wifi di desa

BALING- Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan akan mewujudkan pusat akses Wifi di setiap kampung di seluruh negara bagi membolehkan rakyat menikmati kemudahan Internet percuma dalam tempoh terdekat.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, pusat akses yang melibatkan kos kira-kira RM11,000 setiap satu itu akan dipasang di dewan atau balai raya serta premis kerajaan yang mempunyai talian telefon dan sambungan jalur lebar.

Katanya, langkah yang diambil berkenaan bertujuan meningkatkan kadar penembusan jalur lebar kepada 50 peratus pada penghujung tahun ini berbanding 35 peratus kini.

"Pusat akses ini diwujudkan di setiap kampung. Kita sedang kaji kesesuaian untuk memasangnya di premis kerajaan sedia ada dan tidak melibatkan pembinaan bangunan baru.

"Melalui pendekatan ini, penduduk yang berada sekitar satu hingga dua kilometer dari pusat akses di kampung masing-masing boleh mendapatkan sambungan percuma kepada komputer mereka," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutup Program Pewaris Muda Anak Angkat di Felda Teloi Kanan, Kuala Ketil, dekat sini hari ini.

Hadir sama ialah Ketua Pengarah Jabatan Penerangan, Datuk Abdullah Morad dan Penyelaras Parlimen Baling, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim.

Menurut Rais, pemasangan pusat akses Wifi terbabit juga sebahagian daripada Sistem Galakan Komunikasi yang digerakkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Katanya, buat masa ini, beberapa kampung di Melaka dan Negeri Sembilan dipilih untuk dipasang pusat akses Wifi sebagai perintis projek.

"Selepas ini, SKMM akan menjalankan kajian dan mendapatkan maklum balas daripada pemimpin setempat mengenai kesesuaian memasang pusat akses Wifi di kawasan masing-masing," jelasnya.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau memberitahu, projek pengagihan sejuta komputer peribadi dan komputer riba di seluruh negara sudah dimulakan sejak bulan lalu.

Katanya, pengagihan komputer tersebut khususnya kepada pelajar yang kurang berkemampuan dan pemimpin tempatan akan meningkatkan pengetahuan mereka dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

"Untuk meningkatkan lagi keberkesanan pengagihan komputer, kita akan mengedarkan borang tinjauan kepada pemimpin peringkat bahagian dan cawangan untuk menentukan mereka yang layak diberi komputer," katanya.

"Beberapa kriteria ditetapkan antaranya pelajar terbabit mestilah menunjukkan prestasi akademik yang baik sebelum diberikan bantuan komputer percuma," ujarnya.

Pada Mac lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan peruntukan RM1 bilion untuk mengagihkan komputer dan komputer riba kepada pelajar yang kurang mampu di negara ini.

11 ulasan:

tombolo berkata...

dengan mewujudkan pusat akses wifi, penduduk desa dapat menikmati kemudahan internet secara percuma, ia juga dapat mendedahkan penduduk desa mengenai penggunaan jalur lebar . dengan ini tidak akan muncul lagi masalah buta ICT dikawasan luar bandar.

somboi berkata...

saya sokong denan pewujudan wifi dikawasan desa. dengan ini masyarakt luar bandar tidak akan ketinggalan dalam arus pemodenan masa kini. ia juga memudahkan mereka mengakses internet secara percuma..

karaabau berkata...

penggunaan internet semakin meningkat tidak kira di luar bandar atau bandar...namun yang pasti, jurang digital masih lagi ketara..namun melalui inisiatif ini, jurang digital dapat dirapatkan dan seterusnya meningkaykan lagi ilmu pengetahuan penduduk...semoga langkah ini dapat dilaksanakan dengan segera dan sukses...

Tanpa Nama berkata...

pada masa kini penggunaan internet semakin meluas. pengwujudan pusat akses di desa dapat memudahkan penduduk desa melayari internet.. ini dapt meningkatkan lagi sistem komunikasi antara luar bandar dan kawasan bandar. ia juga daapt meningaktan pengetahuan mengenai ICT.

2718 berkata...

nampaknya kerajaan bersungguh2 merealisasikan penerokaan teknologi maklumat dikalangan rakyat seluruh negara.. one of the best achievement..

2718 berkata...

diharapkan usaha ini mampu menggerakkan rakyat untuk berada dihadapan seiring dengan rakyat negara2 jiran yang lebih dahulu menerajui dunia IT. sudah tiba masanya semua rakyat terutamanya yang tinggal di pedalaman membuka minda dan menerima pendedahan kepada dunia tanpa sempadan.

dave berkata...

Bagus juga ada wifi...tapi sebelum tu, kena didik la penduduk kampung bagaimana mahu guna komputer, bagaimana utk surf internet etc...nnt sudah siap kemudahan wifi tu, tidak digunakan sebab org x pandai guna...jgn jadi Gajah putih, Gah pada nama tetapi x fungsi kerana x digunakan...

POP berkata...

Wah...bagusny ada wifi percuma lagi...harap ini dapat membantu penduduk desa tu belajar banyak ilmu dan perkara yang sedang berlaku di dunia ini maka dapat menambah pengetahuan mereka.

Paquin berkata...

ini barulah best. memang patut ada dari dulu pun.. Benda baik seperti ni siapa lah yang tak mahu sokong kan.

Paquin berkata...

Harap2 usaha murni kerajaan ni dapat dimanfaatkan sebaik mungkin. Jangan disalahgunakan saja.. Zaman sekarang ni zaman FB, so agak2 lah ya, jangan telampau main game di FB ja. hehe

Paquin berkata...

Gunakanlah peluan ni untuk jadi masyarakat yang berilu. kerana melalui ilmu lah kita dapat memastikan hak kita terus terbela :)