Khamis, 13 Mei 2010

Permohonan tangguh ditolak, kes liwat Anwar disambung




Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Mahkamah Tinggi bersama isterinya — Gambar oleh Choo Choy May

KUALA LUMPUR — Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menangguhkan prosiding sementara rayuannya mendapatkan keterangan kepada polis saksi utama, didengar.

Hakim Datuk Mohamed Zabidin Mohd Diah memutuskan bahawa mahkamah mendapati tiada “situasi khas” bagi membolehkan penangguhan prosiding kes liwat ketua pembangkang ini dibenarkan.

Peguam utama pasukan pembela, Karpal Singh mengulangi hujahnya bahawa keterangan bertulis saksi utama dan pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan yang diberikan kepada polis, bercanggah dengan tuduhan sebenar dikenakan ke atas Anwar.

Mohamad Zabidin dalam penghakimannya berkata keputusan beliau mengenepikan permohonan bagi mendapatkan kenyataan saksi itu semalam bersifat prosedur dan ia tidak boleh dibuat rayuan.

Katanya selain itu pihak pembelaan gagal menunjukkan sebarang keadaan khas bagi membolehkan penangguhan diberikan.

Permohonan Karpal hari ini bertujuan membenarkan penangguhan prosiding sementara menunggu rayuan berhubung keputusan Mohamed Zabidin semalam yang menafikan permintaan Anwar untuk akses kepada kenyataan-kenyataan Saiful.

Dalam hujahnya, Karpal menekankan bahawa adanya situasi khas kerana ini kes pertama dalam sejarah negara ini di mana pertuduhan sebenar “berbeza daripada keterangan-keterangan utama saksi” kepada polis.

“Bukti diberikan dalam keterangan berkaitan dengan seks tanpa rela,” kata Karpal.

Beliau membandingkan percanggahan dalam tuduhan sebagai pertuduhan mencuri itik sedangkan yang dicuri ialah ayam.

Sejurus selepas keputusan hakim, Karpal berkata beliau mahu memohon penangguhan di mahkamah tinggi dan akan menemui presiden mahkamah rayuan untuk mendapatkan tarikh seawal mungkin.

Mohamed Diah kemudian meminta peguam kedua-dua pendakwa dan pembela menemuinya di kamar.

Kemudian prosiding disambung dengan Saiful meneruskan keterangannya dalam sesi soal balas.

Saiful akan memberi keterangan secara tertutup bermula pukul 2.15 petang.

Tiada ulasan: