Sabtu, 22 Mei 2010

MAHKAMAH ISTIHAR TANGKAPAN RIDZUAN TIDAK SAH!





Oleh: ZEILA HAJI AMAN


HAKIM Mahkamah Tinggi Sandakan, Yang Arif Puan Yew Jen Kei kelmarin memutuskan bahawa tangkapan yang dibuat oleh anggota Polis DiRaja Malaysia ke atas Ustaz Ridwan Baharun tidak sah dari segi Undang-Undang; justeru itu penahanannya juga tidak sah.

Penghakiman yang dihantar melalui faksimili daripada Sibu Sarawak telah dibacakan di Mahkamah terbuka di Mahkamah Tinggi Sandakan oleh Yang Arif Lee Heng Cheong.

Mengikut fakta kes, pada Februari tahun 2002, Polis Di Raja Malaysia telah menjalankan Operasi Ops Nyah II Bersepadu yang bertujuan menangkap dan mengusir keluar Pendatang Tanpa Izin (PTI) daripada negeri Sabah.

Ketika melaksanakan operasi Polis telah meroboh lebih 10 buah rumah milik penduduk tempatan menyebabkan lebih 50,000 kaum anak negeri menjadi pelarian ditanah tumpah darah mereka sendiri.

Ustaz Ridwan Baharun telah cuba mendapatkan butiran penduduk tempatan yang menjadi mangsa tetapi usahanya gagal.

Sebaik saja Ustaz Ridwan Baharun menjemput penduduk yang dizalimi, beberapa anggota Polis daripada Balai Polis Sandakan telah menangkap dan menahannya lalu menyumbat beliau ke dalam lokap Balai Polis Sandakan.

Dalam pada itu, kerja perobohan rumah penduduk tempatan berjalan selama lebih sebulan, sehinggalah satu laporan Polis dibuat oleh Mantan Ketua Daerah Sandakan, OKK Hassnar B Hj MP Ebrahim.

Sekembalinya dari Singapura, OKK Hassnar telah menasihati para penduduk yang menjadi mangsa membuat laporan Polis supaya mereka boleh failkan tuntutan di mahkamah menuntut Ganti rugi.

Tetapi malangnya, usaha OKK Hassnar juga tidak dapat diteruskan apabila Inspektor Majarie Awal Jari daripada Balai Polis Sandakan menangkapnya dan memasukkannya ke dalam Lokap Balai Polis Sandakan.

Sejurus dibebaskan oleh Majistret, OKK Hassnar telah melaporkan kejadian perobohan rumah-rumah penduduk tempatan kepada Polis menyebabkan operasi ‘Ops Nyah II Bersepadu’ di seluruh Sabah diberhentikan serta merta.

Bertindak atas penangkapannya, OKK Hassnar telah memfailkan satu prosiding di Mahkamah Tinggi Sandakan menyaman anggota beberapa anggota Polis yang menangkapnya termasuk Mantan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Pahlawan Ramli Yussof.

Ustaz Ridwan Baharun kemudian menyusul dengan memfailkan saman serupa menuntut ganti rugi daripada Polis Di Raja Malaysia.

Bagaimanapun saman OKK Hassnar telah ditolak oleh Mahkamah. Keputusan sepenuhnya dari Pendaftar Mahkamah belum diperolehi tetapi apabila ditanya mengenai penolakan samannya oleh Mahkamah, OKK Hassnar berkata ianya bukan merupakan penghujung jalan

“Dunia belum kiamat bagi saya. Penghakiman ini menampakkan ianya bukan berasaskan konsep keadilan. Ianya bertujuan melindungi pihak tertentu yang secara terang-terangan telah mengkhianati kaum Anak Negeri berasal daripada Sabah,” tegas Hassnar yang tidak merasa terkilan atau kecewa dengan keputusan mengejutkan tersebut.

Ketika perbicaraan, OKK Hassnar telah dedahkan di Mahkamah Tinggi Sandakan bahawa tanah yang duhulunya menjadi kampung Perpaduan BDC. Penduduk kampung dari merata tempat dalam residensi Sandakan dijemput menghuninya. Berbagai bantuan Kerajaan dalam bentuk penyediaan prasarana seperti jambatan, surau, bekalan elektrik, pasar, tandas dan sebagainya kini, setelah diroboh oleh Polis, telah dikeluarkan geran berkeluasan lebih kurang 100 ekar.

Tanah tersebut, menurut OKK Hassnar, telahpun menjadi milik penduduk anak negeri melalui ‘Çustomay Right’ tetapi setelah dikeluarkan geran tanah, berdaftar atas nama Majlis Perbandaran Sandakan; telah digadai kepada Sabah Development Bank berjumlah RM104 Juta untuk menjana dana membiayai projek yang dijangka menelan belanja ratusan juta ringgit.

Pejabat Syarikat projek dikesan berdaftar di rumah Ketua Menteri Sabah sekarang di Sri Libaran, Jalan lapangan Terbang, Sandakan.

Menurut OKK Hassnar, ia akan segera membuat rayuan sebab fakta yang dibawa olehnya ke Mahkamah cukup membuktikan terdapat unsur jenayah dalam perlaksanaan Ops Nyah II Bersepadu.

Tiada ulasan: