Selasa, 25 Mei 2010

KTMB Tg Pagar nak 'dijual' ke S'pore ker?

Oleh alibukhari


Dr Mahathir ketika berucap dalam sebuah majlis ketika mengkritik Abdullah Ahmad Badawi dulu, pernah menyindir...

"Saya dah pernah cuba berbaik-baik dengan Singapura ni, tapi susah," kata beliau. Sindiran ini ditujukan kepada Pak Lah kerana sikap Abdullah yang mahu berbaik-baik, (mengalah) dengan Singapura dalam isu jambatan bengkok.

1. Saya sejak mula berasa ragu-ragu apabila ada 'mesyuarat' ala penjajah ini. Kebiasaannya ketika British mahu mengambil tanah Melayu, mereka ajak raja-raja mesyuarat di atas kapal penjajah atau raja diajak berunding di luar istana.

Teknik & taktik ini bertujuan agar raja kita mudah dipengaruhi keputusannya. Jika mesyuarat dibuat di dalam 'rumah' ... Lihat seterusnya..sendiri kita akan ada kekuatan untuk menolak syor-syor mereka.

Sebab itu, kebanyakan mesyuarat ini dibuat dengan kaedah, mengeluarkan pemimpin dari 'rumah' dan 'pejabat' mereka.

2. Minta kerajaan dedahkan berapa lagi tanah Malaysia atau hak Johor di Singapura? (Selain tapak masjid Teluk Belanga).

3. Laporan itu dipetik sebagai berkata...

"...Pada sidang akhbar bersama di sini, kedua-dua pemimpin itu berkata tanah yang akan dikosongkan itu akan dimajukan oleh sebuah syarikat usaha sama Malaysia-Singapura dikenali M-S Pte Ltd yang akan ditubuhkan sebelum 31 Dis tahun ini.

Syarikat itu melibatkan Khazanah Nasional Berhad dari Malaysia yang akan memegang 60 peratus kepentingan, dan Temasek Holdings Limited, cabang pelaburan kerajaan Singapura, yang akan memegang baki 40 peratus ekuiti dalam syarikat usaha sama itu.

Menurut satu kenyataan bersama, pertemuan Najib dan Lee banyak berkisar kepada Perkara-perkara Dipersetujui (PoA) mengenai tanah KTMB di Singapura yang menjadi penghalang kepada hubungan baik antara kedua-dua negara."

PERTANYAAN: Nama syarikat usahasama M'sia - S'pore yang akan ditubuhkan sebelum 31 Disember ini ialah M-S PTE LTD d mana saham kita 60% dan Temasek 40%.

Ada kemungkinan tak nanti perlahan-lahan saham-saham kita itu akan dijual seluruhnya atau dijual sedikit dalam keadaan genting 60% 40% ini?

Misalnya, macam mana jika dengan tiba-tiba, akibat kelalaian kita maka kedudukan menjadi 60% (S'pore) dan 40% (M'sia)?

Nampaknya nama syarikat 'usahasama' baru itu pun PTE LTD (Private Limited), bukannya Sendirian Berhad (Sdn Bhd) yang didaftarkan di Malaysia.

Cukuplah dengan pengalaman berdepan dengan kehilangan Pulau Batu Putih tanah Johor itu. Melayu kita ni mudah hilang ingatan... (agaknya)

Sultan Johor pun sebelum mangkat, ada keinginan untuk dapatkan balik tanah itu. Nampaknya, hajat itu tinggal hajat sahaja sehinggalah tibanya ajal baginda.

3. Dan, banyak lagilah persoalan yang boleh diangkat dalam pertemuan itu. Itu pun, kalau PM sudi bersoal-jawab dengan mereka...

Tiada ulasan: