Rabu, 12 Mei 2010

KENAPA MR 10 % MASIH BERLELUASA?





Oleh: SHAIMON S JUMADI


TERDAPAT sesetengah kontraktor di daerah Sandakan masing-masing telah melahirkan rasa tidak senang hati terhadap perilaku beberapa orang pegawai kerajaan, mahupun pihak berkuasa tempatan yang mengendalikan sesuatu projek pembangunan.

Mereka menyifatkan pegawai-pegawai berkenaan yang mengenakan istilah ‘pengkeras’ apabila seseorang kontraktor diberikan projek sebagai ‘lintah darat’. Apa tidaknya kalau kontraktor diberikan projek RM100 ribu, pegawai ini berterus terang meminta pengkeras atau pendahuluan mengikut kadar kos projek tersebut, biasanya mereka minta 10 peratus.

Menurut seorang kontraktor, beliau mendapat empat projek pembinaan rumah PPRT berharga RM40 ribu setiap satu di kawasan kampung Air Sandakan yang menelan belanja RM160 ribu.

Walaupun kerja belum dilaksanakan, setiap hari pegawai daripada JPPS dan MPS, nama dirahsiakan kerana siapa yang termakan cili dia akan terasa pedas, menelefon meminta wang pengkerasnya sebanyak lima peratus!.

Kontraktor tersebut menjadi panik kerana tidak tahu di mana mahu mencari wang sebanyak RM5,000. Permintaan sagu hati 10 peratus tidak menjadi masalah, tetapi permintaan wang pendahuluan amat menyukarkan ketika belum memulakan kerja.

Katanya lagi, RM5,000 itu boleh dibuat modal pusingan membeli simen dan barang-barang keperluan lain tetapi dalam keadaan gementar kontraktor tersebut enggan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)?

“Tidak boleh bang, nanti kalau saya buat begitu dan mereka ditangkap SPRM, mereka akan cam saya dan sampai bila-bilapun saya tidak akan dapat lagi projek,” ujar kontraktor yang bernama Zul dalam keadaan kebingungan memikirkan projeknya akibat kekurangan dana.

Kata Zul lagi, beliau mahu hidup mewah dengan bekerja keras sebagai kontraktor tetapi sampai bilakah akan terus bersubahat melakukan perkara sedemikian yang bercanggah dengan hukum-hakam Islam?.

16 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

SPRM perlu memantau kegiatan2 pegawai kerajaan ini. sekiranya tindakan mereka mempunyai unsur2 rasuah, SPRM perlu tegas dan mengambil tindakan kepada mereka yang mencemarkan nama kerajaan.

Tanpa Nama berkata...

bukan sahaja kontraktor, orang awam juga perlu berani membuat laporan jika terdapat sebarang bentuk rasuah yang berlaku disekeliling.

karaabau berkata...

nmpknya pegawai2 dari MPS dan JPPS ini menyusahkan kontraktor2 di sandakan yang bersusah payah mencari rezeki...pegawai2 ini harus dihukum dan tindakan tegas harus dilakukan dengan segera daripada SPRM serta badan2 berkaitan...gejala rasuah ini harus dihapuskan demi kesejahteraan rakyat...

karaabau berkata...

mengapakah tiada laporan yang dibuat untuk mengheret pegawai2 ini ke muka pengadilan??? salah satu sebabnya kerana kontraktor bimbang mereka turut dikenakan tindakan kerana rasuah padahal mereka dipaksa oleh pegawai2 ini untuk suapan...selain itu, mereka juga bimbang lesen mereka akan ditarik dan kontrak mereka dibatalkan sekiranya terdapat laporan berhubung dengan 'pengeras' yang diminta...keadaan ini merupakan satu dilema kepada para kontraktor di Sandakan...diharap tindakan segera yang amanah dan jujur diambil oleh pihak2 berwajib.....

somboi berkata...

pegawai-pegawai seperti ini harus bibawah ke muka pengadilan, mereka ini lah yang merosakkan negara. para kontraktor seharusnya melaoprkan sahaja perkara ini kepada SPRM

somboi berkata...

pegawai MPS dan JPPS sendiri yang meminta rasuah, mereka seharusnya membendung rasuah. siasatan perlu dilakukan terhadap mereka. para kontraktor tidak melaporkan perkara ini kerana bimbang lesen dibatalkan, mereka seharusnya sedar bahwa tindakan tidak melaporkan akan menggalakkn lagi gejala rasuah. rasuah adalah musuh utama negara, negara takkan sejahterah selagi rasuah berleluasa. hentikan rasuah!

kitakita berkata...

Bagi saya, punca rasuah ini berlaku sebenernya disebabkan oleh kontraktor itu sendiri. Kerana para kontraktor mahukan projek yang bernilai beratus-ratus ribu ringgit sanggup memberi pengeras atau duit kepada pegawai kerajaan yang bertugas hanya semata-mata ingin mendapatkan projek tersebut. Perkara ini berlaku bukan di Sandakan saja malah di UMS turut melakukan aktiviti yang sama.

tombolo berkata...

SPRM harus menyiasat pegawai MPS ini, j perkara seperti ini boleh mencemarkan nama baik kerajaan. ika mereka terlibat dalam gajala rasuah, tindakan tegas perlu diambil terhadap mereka.

kitakita berkata...

Saya berharap perkara ini akan ada keadilannya. Perkara ini berlaku sebenernya ada persetujuan antara pegawai kerajaan dan pihak kontraktor itu sendiri. Sudah tentu pegawai kerajaan ini meminta pengkeras atau duit daripada kontraktor tersebut kerana mereka telah bersetuju. Namun perkara ini harus diberi perhatian oleh pihak-pihak tertentu dan memberikan projek kepada kontraktor yang mempunyai kredibiliti dan kemampun menyiapkan sesuatu projek pada masa yang ditetapkan dalam borang tender.

kitakita berkata...

Perkara ini tidak dapat ditangani oleh pihak berkuasa kerana pihak yang melakukan begitu licik antara pegawai kerajaan dan kontraktor. Saya pernah mengikuti taklimat tender yang dikeluarkan oleh pihak jabatan kerajaan di kk? Begitu ramai ahli kontraktor yang hadir berkemampuan dan berkelayakkan namun hanya 1 saja yang layak diterima ialah kontraktor yang tidak hadir masa taklimat itu dijalankan, ini kerana pegawai kerajaan dan kontraktor tersebut sudah pun membuat perjanjian lebih awal. Masalahnya kontraktor tersebut tidak memiliki kredibiliti dan kemampuan untuk menyiapkan sesuatu projek pada masa yang ditetapkan dan menyebabkan projek terbengkalai dan kekurangan beberapa peralatan. Tambah teruk lagi kontraktor ini terlalu kedekut kepada pekerjanya.

Paquin berkata...

siasat perkara ni dan pastikan org yg bertanggungjawab dapat hukuman yg sewajarnya.

Paquin berkata...

Betul 2718.. mesti ada yg berani buat aduan ba barulah siasatan dapat dibuat.. berani kerana benar baa.. asalkan ada bukti kukuh konpom kantoi juga tu..

Paquin berkata...

entahlah karaabau...
tapi inilah manusia zaman sekarang... sanggup buat apa saja asalkan boleh survive.. harap2 hal ni akan dipantau segera utk kebaikan bersama ;)

Paquin berkata...

Betul tu man.. selagi ada individu mcm ni selagi itulah rasuah tidak dapat dihentikan... huhuhu...
Biarpun saya nda pasti hal ni btl atau tak.. tapi saya sangat berharap agar hal ni dapat disiasat.

Paquin berkata...

Biasalah kitakita.. manusia kan.. selagi ada peluang selagi itulah dorang buat apa yg tidak sepatutnya dibuat... hmmm bilalah isu sebegini lenyap dari bumi :P

Paquin berkata...

Betul mandara. Siasat dulu.. tak salah siasat bah.. kalau didapati bersalah, hukumlah.. kalau tak, bersih juga nama baik dorang dari andaian kan.. hehee