SIBU — Proses pengundian pilihan raya kecil kerusi Parlimen Sibu selesai dengan hanya merekodkan kurang 60 peratus keluar mengundi.
Peratusan keluar mengundi adalah 59.86 peratus atau 32,742 pengundi.
Paras itu jauh lebih rendah berbanding 80 peratus dijangkakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semalam.
Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata pihaknya kecewa kerana peratusan keluar mengundi jauh lebih rendah berbanding prestasi 8 Mac 2008.
Seramai 67.8 peratus keluar mengundi ketika pilihan raya umum dua tahun lalu, ketika itu dimenangi oleh calon Barisan Nasional.
Proses pengundian ditutup pada pukul 5 petang tadi.
Sebanyak 10 pusat pengundian ditutup 1 tengah hari, lima lagi sejam kemudian, enam (3 petang), dua (pukul 4 petang) dan baki 22 pada pukul 5 petang.
Kini proses pengiraan undi sedang dikira dengan beberapa pusat yang ditutup awal sudah selesai mengira undi.
Terdahulu Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar menyifatkan paras keluar mengundi setakat pukul 2 petang tadi, kurang 50 peratus, sebagai sesuatu di luar jangkaan mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan