Khamis, 13 Mei 2010

Judi ‘Halal’: Pengorbanan Pemimpin Melayu Islam Untuk Agamanya

Oleh laniisma


Pelbagai pihak menentang kelulusan perjudian bola sepak, tetapi diluluskan juga oleh Kementerian Kewangan yang diketuai orang Islam sendiri.

Berjaya juga berjaya menghasut pihak berkenaan untuk mendapatkan kelulusannya. Operasinya akan dijalankan melalui kedai judi Sport Toto di seluruh negara. Pertaruhan ini melibatkan piala dunia mengikut syaratnya dan sudah pasti akan melarat ke piala-piala yang lain juga kesudahannya. Ini adalah permulaan untuk piala seterusnya.

Masyarakat Islam akan dilarang daripada terbabit dengan pertaruhan judi ‘halal’ bolasepak mengikut ketetapannya. Ketetapan yang sengaja diada-adakan, lihat TOTO dan 4-D, bersepah-sepah orang Islam mengurunginya. Siapa yang boleh melarang mereka ke sana, dengan operasi pencegahan yang semacam tiada. Dahulu pun syaratnya juga tidak boleh dijual kepada orang Islam semasa kelulusannya.

Awang Adek berkata ia dapat mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini. Dengan perjudian ‘halal’ ini, benarkan yang haram dapat dielakkan. Di antara ‘halal’ dan haram, ramai yang lebih menyukai yang haram dan dengan adanya yang ‘halal’, tak menjamin tiadanya yang haram.

Sedih, yang meluluskan diketuai oleh orang Islam sendiri. Tidak susah sebenar untuk orang Islam memusnahkan Islam itu sendiri. Orang-orang yang meluluskan juga tidak memandang kepada kehidupan seterusnya. Ia pengorbanan besar pemimpin Melayu Islam untuk agamanya.

Kita perlu menentang perkara ini, sebenarnya kita bersendirian tidak mampu menghalang orang Islam mengetuk kaunter TOTO dan 4-D, meminta dihulurkan beberapa keping kertas putih dan bersinar matanya mengharapkan tuah haram.

5 ulasan:

somboi berkata...

kita harus sedar bahwa judi adalah haram disisi agama islam, diharap semua orang islam janganlah terlibat dalam perjudian.

kitakita berkata...

Penjualan nombor sport toto, 4D, STC dsbnya semakin menjadi-jadi di negeri ini, malah telah membuka lebih banyak premis perniagaan tanpa lesen. Masalahnya kenapa pihak berkuasa tidak aktif dalam menangani gajalah ini sedangkan premis ini jelas kelihatan di lorong-lorong bangunan di bandar? Diharapkan agar pihak berkuasa dapat menjalankan tugas dengan jujur dalam memarangi gajalah perjudian haran yang semakin berleluasa di negeri ini.

kitakita berkata...

Bagi saya, judi tidak akan dapat di halang, ini kerana ada pihak yang sememangnya suka berjudi malah ini lah aktiviti hariannya. Cara terbaik ialah menghadkan premis perniagaan judi di seluruh Malaysia.

tombolo berkata...

diharap dengan pemberian lesen ini, judi haram tidak berlaku. namun janganlah pemberian lesen ini disalahgunakan untuk mengaut keuntungan oleh sesetengah pihak.

tombolo berkata...

pemberian lesen ini adalah untuk mengelakkan berlaku judi haram, namun, kit harus sedar bahawa kegian judi adalah perkara yang tidak baik. oleh itu, fikir-fikirkanlah.. jangan kerana judi tergadai maruah dan harta kita.