Rabu, 12 Mei 2010

Ghafur Letak Jawatan Ahli Parlimen, Angkara Pengumuman Zahrain


TV SELANGOR

KUALA LUMPUR : Datuk Abdul Ghapur Salleh didakwa Datuk Seri Zahrain Hashim sebagai antara lapan wakil rakyat Barisan Nasional yang menyertai rancangan projek 16 September, bertekad melepaskan kerusi Parlimen.

Mengikut Malaysian Insider, Ahli Parlimen Kalabakan itu mahu mengosongkan kerusinya akhir Mac lalu, tetapi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dikatakan menolak surat peletakan jawatan itu.

Tindakan Ghafur itu berikutan mahu menjaga maruahnya apabila ada segelintir pemimpin BN peringkat nasional dan negeri melabelkan beliau sebagai “orang Anwar”.

Ghapur dikatakan menghantar surat peletakan jawatan kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia kira-kira dua minggu selepas pengumuman Zahrain berkaitan projek 16 September.

Ahli Parlimen Kalabakan ini yang dihubungi Malaysian Insider bagaimanapun enggan mengulas isu berkenaan.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ini adalah dakwaan yang tidak berasas dan tiada bukti kukuh. Zahrain perlu menarik balik kenyataan beliau dan memohon maaf.

karaabau berkata...

setiap hujah atau tuduhan yang dibuat di Dewan Negara haruslah berasaskan fakta dan kebenaran yang sah...perkara ini adalah serius memandangkan ia melibatkan maruah dan kreadibilti sebagai seorang pemimpin dan wakil rakyat...Zahrain seharusnya menarik balik tuduhan beliau dan memohon maaf kepada pihak2 yang dibabitkan jika tidak mempunyai bukti yang kukuh serta sah/ benar....

kitakita berkata...

Bagi saya sebagai seorang pemimpin perlu lantang bersuara dan manyatakan rasa tidak puas hati terhadap sebilangan individu yang melebelkannya sebagai "orang Anuar". Perkara ini harus diselesaikan dengan cara baik. Zahrain perlu manarik balik dakwaan ini kerana tiada bukti kukuh.