Rantau Abang, DUNGUN – Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Haji Mohd Abdul Wahid Endut mempersoalkan, mengapa tiada sebarang tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa berkaitan kes ‘curi balak’ yang berlaku di negeri ini sejak tahun 2008.
Menurutnya, beliau telah mendedahkan perkara tersebut dalam sidang Dewan Undangan Negeri dan juga sidang parlimen, namun pihak yang berkenaan masih sunyi sepi.
“Saya sudah dedahkan dalam (sidang DUN) dan dalam (sidang) parlimen, kes curi balak dalam hutan simpan Bukit Bauk pada Januari tahun 2008 yang bersangkut paut dengan kontraktor pembinaan lebuhraya Pantai Timur,
“perkara tersebut telah lama berlaku, tapi tidak ada apa-apa tindakan,”ujarnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam.
(Gambar - label yang diletakkan ditapak pembalakan haram Bukit Bauk, sebagaimana yang pernah dideahkan oleh Buletinonline pada tahun 2008)
Katanya, pada sidang DUN Disember tahun 2008, Menteri Besar sendiri, Dato’ Ahmad Said memberitahu ada pegawai dari Jabatan Perhutanan Terengganu yang terlibat dengan kes pembalakan haram dan pencerobohan hutan simpan di negeri ini.
Namun, kata beliau, masih belum ada apa-apa tindakan yang dibuat sehingga hari ini.
Sehubungan itu, beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu menggesa pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya bertindak atas pendedahan yang dibuat.
“Kalau MB sendiri yang membuat pendedahan, dan SPRM tidak mengambil tindakan, maknanya tidak ada integriti dalam SPRM,”katanya ketika ditemui, selepas mempengerusikan satu mesyuarat disini, baru-baru ini.
Sedangkan, menurutnya, kerajaan BN Terengganu pimpinan bekas Menteri Besar Dato’ Seri Idris di zaman awal pemerintahannya pernah menuduh kerajaan PAS melakukan penyelewengan soal pemberian balak.
Katanya, satu ‘kertas putih’ yang kononnya terdapat penylewengan balak kerajaan PAS telah dikeluarkan oleh kerajaan ketika itu.
“Sekarang, sudah jelas terdapat aktiviti haram, curi balak dan pembalakan haram, satu apa pun tindakan tidak diambil,”tegasnya
Justeru, beliau mencadangkan supaya SPRM dibubarkan sahaja kerana ternyata tidak mampu untuk melindungi rakyat dari gejala rasuah dan penyelewengan.
Nota:
Sejurus selepas sidang DUN Disember lalu, pada 18 Disember 2008, dua laporan berasingan telah dibuat oleh Pemuda PAS dan AMK Terengganu kepada pihak polis dan Badan Pencegah Rasuah (BPR) terhadap kes pembalakan haram dan penebangan hutan simpan di negeri Terengganu.
2 ulasan:
amat menghairan juga tindakan tidak diambil walaupun isu ini telah didedahkan. siasatan dan tindakan perlu diambil terhadap pendedahan mengenai pembalakan haram ini. ini bagi memastikan perbuatan ini dapat dibendung
tindakan segera haruslah diambil oleh pihak berkuasa...kemungkinan banyak lagi kawasaan hutan di sana yang dicerobohi oleh mereka yang tidak bertanggungjawab..............
Catat Ulasan