Isnin, 24 Mei 2010

Amat sukar dipisahkan Umno dengan judi, akibat tak percaya arahan Allah!

Oleh SanggahTok Sago

KISAH perjudian dan kaitannya dengan pemimpin Umno bukan perkara asing. Kasino pertama di Malaysia didirikan di Genting Highlands yang diluluskan Perdana Menteri Pertama, Tunku Abdul Rahman Putra pada 1969-1670. Malah, batu asas untuk pembinaan Highlands Hotel turut diletakkan beliau pada 31 Mac 1969.

Pengasas Umno, Tan Sri Mohammed Noah Omar, yang juga datuk kepada Perdana Menteri sekarang, Najib Tun Razak dan Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin Hussien telah menjadi Pengerusi Genting sejak penubuhannya pada 27 April 1965. Melalui pengaruh beliau, seluas 12,000 dan 2,800 ekar tanah Kerajaan Pahang dan Selangor diluluskan untuk dimajukan Genting antara tahun 1965 dan 1970.

Pertautan antara industri judi ini dengan pemimpin Umno telah terjalin pada hari pertama industri ini dikembangkan. Bekas Menteri Pelajaran, Tan Sri Khir Johari sejak sekian lama terlibat dalam syarikat perjudian Magnum Berhad dan Magnum 4D sebagai pemegang saham dan ahli lembaga pengarah. Beliau mula dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Magnum sejak 1986 dan sejak itu beliau kekal sebagai lembaga pengarah, walaupun pemilik utamanya bertukar tangan.

Pihak polis yang diharapkan untuk memerangi perjudian ternyata tidak membantu apabila bekas Ketua Polis Negara, Tun Mohd Hanif Omar turut terbabit apabila pernah terpilih sebagai Timbalan Pengerusi Genting dan Resorts World.

Lebih malang, beliau mengeluarkan ungkapan beliau tidak pernah menjumpai sebarang ayat al-Quran yang melarang perjudian. Demikian hubungan pemimpin Umno dengan syarikat perjudian di negara ini. Sejak zaman pemerintahan Tun Dr Mahamthir Mohamad, dari satu kasino di Pahang, kini menjadi tiga - Kasino Genting, Kasino Bukit Tinggi dan Kasino Pulau Tioman, yang kedua-duanya milik Berjaya.

Magnum, Sports Toto, Tanjung, Metroplex, Resort World dan Berjaya Group merupakan tujuh syarikat perjudian utama dalam negara yang 'dihalalkan' pemimpin Umno atas alasan untuk mengawal perjudian haram.

Tiada ulasan: