Ahad, 14 September 2008

KENYATAAN AKHBAR YB FAUZIAH SALLEH DARI TAIWAN
Ibnu Khuzaimah

Salam kepada Semua,

Saya ingin menegaskan bahawa seharusnya semua MP adalah wakil kepada rakyat dan perlu buat yang terbaik untuk rakyat.

Walaupun BN itu korup sekorupnya, namun masih ada lagi Ahli Parlimen BN yang masih mahu buat kebaikan dan masih ada mempunyai nilai-nilai murni. Mereka inilah yang kini sudah hilang kepercayaan kepada BN dan ingin bersama-sama dengan kami di Pakatan Rakyat supaya mereka dapat berikan yang terbaik untuk masa depan negara.

Mereka kini cukup yakin bahawa BN bukan lagi platform yang boleh memperjuangkan nasib rakyat seperti yang mereka inginkan

Tiada wang atau kedudukan yang ditawarkan. Hal ini Jelas dan saya tegas dalam hal ini. Sekiranya tidak, saya dan teman-teman sama sekali tidak akan terlibat. Malah kami pergi dengan wang yang dicari sendiri. Tiada wang berbilion ringgit tapi pengorbanan seperti biasa.

Kami perlu pergi untuk menyelesaikan tugas-tugas yang tidak dapat di jelaskan melalui email atau sms. Bukan juga untuk memujuk, tetapi untuk menyelesaikan beberapa perkara teknikal peringkat akhir. Basically the icing on the cake.

Yakinlah masa depan negara hanya akan dapat ditegakkan diatas kebenaran dan keikhlasan.

The wrong footing will not bring us to the right results.

Walau apa pun, pemimpin dan penyokong BN sama sekali tidak akan faham akan hal ini kerana mereka telah dididik selama 50 tahun bahawa segalanya mesti melibatkan wang dan mereka telah begitu lama dalam keadaan yang korup. Mereka semua juga tidak mampu mengeluarkan diri mereka dari belenggu tersebut

I really feel sorry for all of them and also for all of you who will never understand the true meaning of keikhlasan dalam perjuangan, pengorbanan dan juga perjuangan untuk rakyat.

May Allah open all our hearts and give us guidance. Ameen

Tiada ulasan: