Jumaat, 19 September 2008

Sapp kini anggota Bebas di Parlimen - Timbalan Speaker
Oleh ZANARIAH ABD. MUTALIB


PETALING JAYA: Parti Maju Sabah (Sapp) akan berperanan sebagai parti 'Bebas' di Parlimen selepas ia mengumumkan keluar Barisan Nasional (BN), semalam.

Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, Parlimen sebagai ‘orang tengah’ tidak ada masalah sekiranya parti itu mahu keluar dari BN.

“Kita tidak ada masalah dengan itu (keluar dari BN).

"Cuma selepas kita terima surat rasmi yang beritahu mereka (Sapp) keluar BN, kita harus buat aturan semula tempat duduk wakil dari Sapp di Parlimen,” katanya ketika dihubungi mStar Online, hari ini.

Wan Junaidi berkata, ketika ini kedudukan dua wakil Sapp di Dewan Rakyat iaitu Datuk Chua Soon Booi (Tawau) dan Eric Enchin Majimbun (Sepanggar) adalah di kalangan Ahli Parlimen yang senior.

“Justeru, selepas ini, kita akan letakkan mereka di tempat duduk Bebas, berkemungkinan di belakang Ahli Parlimen Bebas, Datuk Ibrahim Ali (Pasir Mas) kerana mereka bukan BN dan mereka juga tidak menyertai Pakatan Rakyat,” katanya.

Tiada ulasan: