Isnin, 15 September 2008

MALAYSIA NEGARA JAKUN, PIMPINAN ORANG UTAN
Al-Bakistani


BERITA SATU

Penahanan terhadap wartawan akhbar Sin Chew Daily , iaitu Hoon Cheng. Rasul Maliziya (Utusan Malaysia) hari ini melaporkan seperti berikut;

"Penahanan tersebut dipercayai ada kaitan dengan laporan wartawan itu dalam akhbar Sin Chew Daily yang memetik kenyataan kontroversi Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail baru-baru ini yang mendakwa orang Cina Malaysia adalah pendatang di negara ini"[1]

KOMEN :

Bukankah kenyataan Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera yang berbau perkauman itu sudah dipastikan atas kebenarannya. Bukan sekadar itu, bahkan Ahmad Ismail tetap juga mempertahankan kenyataannya. Dengan itu, UMNO telah mengambil tindakan terhadap Ahmad ismail.

Yang peliknya, mengapa pelapor kepada berita yang benar di tangkap, sedang orang yang mengeluarkan kenyataan kontroversi tidak ditangkap?

Mentang-mentang Ahmad Ismail itu pimpinan UMNO, maka dia terselamat dari sebarang tindakan kerajaan. Maklumlah, orang UMNO kan maksum dari segala kejahatan dalam Negara. Ish, macam syiah pula bunyinya kan????

BERITA DUA;

Menurut Rasul Maliziya (Utusan Malaysia) adalah seperti berikut;

"Penahanan ahli politik yang masih bujang itu dipercayai mempunyai kaitan dengan dakwaan bahawa beliau mengeluarkan arahan melarang azan dilaungkan menggunakan pembesar suara di masjid-masjid dan surau"

KOMEN;

Sekadar dakwaan, Teresa sudah dikenakan tangkapan. Dakwaan itu sebenarnya datang dari Khir Toyo, sepatutnya dakwaan itu perlu dikaji dan disiasat terlebih dahulu. Khir Toyo patut dipanggil untuk siasatan.

Semalam aku menyampaikan Tazkirah Iftor di Masjid Kota Damansara, iaitu di masjid yang didakwa dilarang melaungkan azan oleh Teresa. Didapati, rata-rata jemaah masjid, tidak marah kepada Teresa, tetapi marah kepada kenyataan dangkal Khir Toyo.

Berikutan itu, pihak masjid telah melakukan laporan polis terhadap kenyataan palsu Khir Toyo, dan berita laporan polis termuat dalam sinar harian dan ianya tertampal di papan kenyataan masjid.

Persoalannya, mengapa Teresa yang kena tahan, mengapa tidak Khir Toyo?

ULASAN TAMBAHAN

Pertama;

Aku tidak pelik sangat kalau benarlah Teresa mempertikaikan Azan, memandangkan beliau seorang yang bukan beragama Islam. Yang paling aku pelik, apabila UMNO yang mendakwa islam itu melarang hokum islam terlaksana di Malaysia.

Apakah dilarang sama sekali orang berbangsa cina mempertikaikan Agama islam, tetapi dalam masa yang sama orang Islam dibenarkan mempertikaikannya?

Bukan bermakna, orang Cina dibenarkan mempertikaikan islam, tetapi kalau mereka mempertikaikan juga, itu tidak pelik, sebab mereka bukan beragama islam, juga tidak mengerti tentang islam.

Kedua;

Kalau isu perkauman yang dibimbangi, mengapa tidak haramkan sahaja parti-parti yang bercorak bangsa, seperti UMNO, MIC dan MCA. Ini kerana, apabila wujudnya parti-parti bangsa ini, sudah pasti mereka akan menaikkan sentiment bangsa masing-masing.

Justeru itu, masalah perkauman yang sering dihadapi, berpunca dengan kewujudan parti-parti yang bercorak bangsa.

PENUTUP

Membaca berita-berita sebegini, nampaknya kita agak dapat memahami, bagaimana tersepitnya UMNO dalam mengatasi masalah rakyat.

Isu perkauman telah dimainkan secara terang oleh UMNO, seperti kenyataan Ahmad Ismail dan Khir Toyo, tetapi yang sedihnya, pihak pembangkang yang diambil tindakan.

Dalam Islam dan mana-mana ajaran pun akan menyatakan, orang yang bersalah sahaja yang perlu diambil tindakan, tetapi di Malaysia, orang yang bersalah itu dilihat seperti benar.

Sebenarnya, keadaan ini telah membenarkan hadis yang pernah disabdakan oleh Nabi SAW;

وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لَيَأْتِيَنَّ عَلَى النَّاسِ زَمَانٌ لَا يَدْرِي الْقَاتِلُ فِي أَيِّ شَيْءٍ قَتَلَ وَلَا يَدْرِي الْمَقْتُولُ عَلَى أَيِّ شَيْءٍ قُتِلَ

Maksudnya;

"Demi nyawaku berada di tangan-Nya. Pasti akan datang kepada manusia satu zaman, pembunuh tidak mengetahui mengapa dia membunuh, dan orang yang dibunuh tidak mengetahui mengapa dia dibunuh[2]"

Kalau hadis merujuk kepada pembunuh tidak tahu mengapa dia membunuh, dan orang dibunuh tidak tahu mengapa dia dibunuh, maka keadaan sekarang, orang yang kena tangkap tidak tahu apa kesalahannya dia ditangkap, dan pihak yang menangkap pula tidak tahu, siapa sebenarnya yang perlu ditangkap.

Secara realitinya, UMNO sebenarnya melawan islam, juga melawan fitrah kemanusiaan. Justeru itu, ini membenarkan kenyataan Mat Sabu yang pernah sebut, "Malaysia diperintah oleh jakun".

Juga membenarkan dakwaan Tuan Guru Nik Abdul Aziz bahawa pihak Pembangkang pada hari ini sedang bertembung dengan Orang Utan, yang tidak mengerti undang-undang kehidupan manusia yang sebenar.

Sekian. Wallahu 'Alam

Tiada ulasan: