"Tiada cuti 16 Sept, ISA tetap kekal di Malaysia" Abdullah
KL POS
PUTRAJAYA: Kerajaan tidak bercadang menjadikan 16 September sebagai cuti umum, kata Perdana Menteti Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
"Tidak ada, tidak ada, tidak ada...,’’ katanya kepada pemberita selepas menemui semua Ketua Setiuasaha Kementerian di sini hari ini.
Kerajaan akan terus mengekalkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bagi memastikan ketenteraman awam di negara ini terjamin, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
"ISA adalah baik sebab kita hendak pastikan apa yang kita nak kuat kuasakan adalah wajar dan adil,'' kata Perdana Menteri kepada pemberita selepas menemui semua Ketua Setiausaha Kementerian di sini hari ini. / Utusan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan