Khamis, 18 September 2008

Sepatutnya tukar Najib jadi PM dan Abdullah jadi TPM – Husam
Rizal Tahir


KOTA BHARU - "Kalau mahu buat pertukaran sepatutnya, Najib Tun Razak jadi Pendana Menteri (PM), manakala Abdullah Badawi sebagai Timbalan Perdana Menteri (TPM)."

Begitu menurut kata Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa, sewaktu diminta mengulas pertukaran portfolio jawatan antara PM dan juga TPM.

"Kalau Pak Lah mahu melambatkan kejatuhannya dengan pertukaran tersebut ianya tidak berkesan.

"Kalau mahu juga buat pertukaran, saya cadangkan supaya Pak Lah jadi TPM manakala Najib menjadi PM," katanya.

Sementara itu sewaktu mengulas penangkapan blogger Kickdefalla, Husam berkata, kerajaan pusat sekarang terdesak mengunakan pelbagai akta untuk menakut-nakutkan rakyat.

"Kalau dah lemah mengaku sahaja lemah, jangan mengunakan kuasa kuku besi untuk menakut-nakutkan rakyat.

"Lalat dan langau pun disangkakan gajah, ini menunjukkan kerajaan sekarang bergitu lemah," ujarnya.

Kickdefella, atau nama sebenarnya Syed Azidi Syed Aziz, ditahan di rumahnya di Kampung Demit Kubang Kerian pada pukul lima petang semalam di bawah Seksyen 4 Akta Hasutan. - mns_

Tiada ulasan: