Selasa, 23 September 2008

Larangan kenderaan berat guna jalan raya
Kosmo!


KUALA LUMPUR - Kerajaan semalam mengeluarkan arahan melarang kenderaan berat menggunakan jalan raya di seluruh negara berkuat kuasa selama empat hari iaitu bermula 27 hingga 28 September dan pada 4 hingga 5 Oktober ini.

Bagi kategori pertama meliputi kenderaan berat seperti lori balak, lori pengangkut bahan binaan, lori pembancuh simen dan jentera berat, sekatan dikenakan sepenuhnya pada tempoh berkenaan.

Sementara itu, bagi kategori kedua yang melibatkan lori kontena/kargo (membawa barang-barang elektrik/elektronik) dan dari pelabuhan ke lapangan terbang hanya diberi kelonggaran beroperasi dari pukul 6 pagi hingga 12 tengah malam pada tempoh yang sama, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Ong Tee Kiat.

Katanya, lori pembancuh simen, kren bergerak dan lori tipper pengangkut batu dan pasir pula hanya dibenarkan beroperasi dari pukul 6 pagi hingga 6 petang di sekitar Lembah Klang, Johor Bahru, George Town dan Ipoh saja.

Tiada ulasan: