Isu kaum Cina pendatang, BN jangan ulang Operasi Lalang
Ustaz Idris Ahmad (*)
Risau juga apabila melihat Utusan Malaysia 6 September 2008, yang melaporkan Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang yang bermesyuarat pada 5 September berdiri teguh di belakang Dato' Ahmad Ismail Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera.
Mesyuarat itu mahu Ahmad supaya jangan minta maaf isu orang Cina kaum pendatang yang beliau sebut dalam ceramah ketika kempen pilihanraya kecil di Permatang Pauh 23 Ogos 2008.
Dulu isu pergaduhan antara Lim Kim Sai Timbalan Presiden MCA juga Menteri Buruh dengan Umno isu yang sama juga, iaitu isu pendidikan sekolah Cina dan tuduhan Melayu juga kaum pendatang.
Ketika itu pemimpin Umno pun 'naik minyak' mengadakan perhimpunan di Stadium TPCA.
Kebetulan waktu itu Umno menghadapi masalah dalaman selepas team A pimpinan Dr Mahathir dan team B pimpinan Tengku Razaleigh Hamzah.
Dr Mahathir menang tipis dengan kelebihan tidak sampai 50 undi. Kemudian Umno diharamkan oleh mahkamah, Sekarang Umno Baru, Umno asal 1946 sudah berkubur di zaman
Mahathir.
Sekarang apabila timbul isu perkauman maka masalah dalaman selesai sekejap kerana hendak berlawan dengan musuh di luar.
Sekarang Umno /BN menghadapi masalah dalaman yang tidak berpadu, hanya menunggu masa untuk meletup bagai bom jangka waktu.
Masing-masing hendak menjadi hero bangsa masing-masing untuk hendak meraih sokongan politik.
Kita bimbang kalau perkara ini berulang yang menjadi mangsa ialah pemimpin Pakatan Rakyat yang tidak berdosa direhatkan di Kamunting. - mr
(*) Ustaz Idris Ahmad adalah AJK PAS Pusat._
Tiada ulasan:
Catat Ulasan