Sabtu, 6 September 2008

Dr Osman tegaskan tiada tanda liwat pada Saiful
Siasah Daily


KUALA LUMPUR: Dr Mohamed Osman Abdul Hamid, doktor dari Hospital Pusrawi menegaskan, tidak ada sebarang tanda Mohd Saiful Bukhari Azlan diliwat ketika diperiksa beliau pada 28 Jun lalu.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar yang diadakan di pejabat Majlis Peguam bersama dua peguamnya hari ini untuk mengesahkan laporan perubatan yang disebarkan sebelum ini.

Kenyataan Dr Osman hari ini memecah kebuntuan apabila beliau tidak membuat sebarang penjelasan selepas laporan perubatan yang beliau tulis tersebar luas sebelum ini.

"Saya tidak terlibat dengan politik. Saya cuma mahukan kebenaran," kata beliau yang ditemani peguam M Peruvalen dan Yusri Kamarudin.

Osman berkata, dia menghilangkan diri selama ini selepas tertekan dengan siasatan yang dibuat polis terhadapnya ekoran laporan perubatan yang dibuat terhadap Saiful.

Namun beliau berkata akan bekerja semula secepat mungkin.

Osman mengesahkan laporan perubatan yang disebarkan merata-rata itu sebagai laporan yang dibuat dan ditandatangani oleh beliau.

Osman juga berkata, dia memanggil sidang akhbar hari ini untuk membersihkan namanya.

Dia juga mengesahkan akuan bersumpah yang disebarkan sebelum ini adalah dari beliau sendiri.

Tiada ulasan: