Sabtu, 6 September 2008

Umno memang patut jadi punching bag, kata pemikir MCA
Siasah Daily


KUALA LUMPUR : "Umno memang patut menjadi punching bag (tempat melepaskan geram) kerana dia yang mencipta semua isu ini," kata Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Kajian Strategik dan Polisi (Insap) yang dimiliki MCA, Fui K. Soong kepada Siasah.

Fui mengulas tindakan dua calon presiden MCA yang sedang berkempen sekarang yang menjadikan Umno tempat mereka melepaskan geram.

Datuk Dr Chua Soi Lek berkata, MCA sekarang telah menjadi hamba abdi (slave) kepada Umno manakala Datuk Ong Tee Kiat pula berkata, MCA akan mengkaji kedudukannya dalam Barisan Nasional jika Umno terus dengan 'ketuanan Melayunya'.

Kedua-dua mereka disebut-sebut sebagai pihak yang akan bertanding untuk merebut jawatan presiden MCA selepas Datuk Seri Ong Ka Ting tidak mahu dicalonkan sebagai presiden MCA lagi.

Tiada ulasan: