Jumaat, 16 Julai 2021

Pegawai positif Covid-19: Annuar kuarantin sukarela

Oleh MOHD HUSNI MOHD NOOR

ANNUAR MUSA

PUTRAJAYA: Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa akan menjalani kuarantin secara sukarela di rumah susulan seorang pegawai khasnya disahkan positif Covid-19.

Perkara itu dimaklumkan Pejabat Menteri Wilayah Persekutuan menerusi kenyataan akhbar malam ini.

Menurutnya, salah seorang pegawai khas Annuar didapati positif Covid-19 menyebabkan semua kontak rapat terpaksa melakukan ujian saringan Covid-19.

“Buat masa ini, Annuar dan semua pegawai Pejabat Menteri Wilayah Persekutuan menjalani kuarantin secara sukarela di rumah masing-masing sementara menunggu keputusan ujian saringan.

“Kerja-kerja sanitasi di Pejabat Menteri Wilayah Persekutuan di tingkat 6, Menara DBKL 1, sudah dilakukan dan Pejabat Menteri Wilayah Persekutuan akan ditutup untuk tempoh beberapa hari,” katanya.

Katanya, Menteri Wilayah Persekutuan memohon maaf di atas sebarang kesulitan berhubung perkara ini.

Tiada ulasan: