Jumaat, 16 Julai 2021

Kes baharu turun sedikit tetapi kekal lebih 12,000


Data 16 Julai 2021

Kes jangkitan Covid-19 yang dilaporkan dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi turut sedikit berbanding 13,215 kes yang dilaporkan semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata dalam tempoh itu hari ini 12,541 kes dilaporkan menjadikan keseluruhan kumulatif adalah sebanyak 893,323 kes, dengan Selangor kekal mencatat kes tertinggi.

Katanya Selangor terus mencatat kes tertinggi sebanyak 5,512 diikuti Negeri Sembilan (1,619), dan Kuala Lumpur dengan 1,542 kes .

Semalam, negara merekodkan kes harian tertinggi dengan mencatatkan 13,215 kes iaitu kenaikan hari ketiga berturut-turut bermula Selasa sebanyak 11,079 kes; dan Rabu (11,618 kes).

Berdasarkan data dikeluarkan Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini, sembilan negeri merekodkan peningkatan kes.

Negeri terbabit ialah Sarawak, Perlis, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Terengganu.

Tiada ulasan: