Rabu, 21 Julai 2021

Kes baharu Covid-19 di Pahang, Kedah melonjak tinggi



Perbandingan kes Covid-19 bagi empat hari.

Tiga negeri merekodkan peningkatan kes jangkitan baharu Covid-19 yang semakin membimbangkan dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi.

Pahang merekodkan lonjakan tertinggi dengan 603 kes, berbanding 288 kes yang dilaporkan semalam.

Kedah turut menunjukkan peningkatan membimbangkan apabila kes baharu melonjak daripada 701 jangkitan semalam kepada 800 kes dalam tempoh itu, sementara Melaka juga merekodkan peningkatan daripada 309 kes semalam kepada 453 kes hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan hari ini berkata keseluruhannya negara merekodkan 11,985 kes baharu menjadikan jumlah terkumpul positif Covid-19 sejak tahun lalu kepada 951,884 kes.

Data 21 Julai 2021

Tujuh negeri merekodkan peningkatan dengan Selangor kekal tertinggi sebanyak 5,550 kes baharu. Negeri lain yang menunjukkan peningkatan ialah Pahang, Melaka, Kelantan, Kedah, Labuan dan Putrajaya.

Terdahulu, Dr Noor Hisham berkata kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 20 Julai 2021 untuk seluruh negara adalah 1.12.

Tiada ulasan: