Jumaat, 16 Julai 2021

13 lokaliti di Kuantan dikenakan PKPD

 Ilah Hafiz Aziz 

KUALA LUMPUR, 15 Julai -- Anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melakukan kerja-kerja membuka kawat berduri di sekitar laluan masuk dan keluar ke kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Pantai Ria di Pantai Dalam selepas Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang dilaksanakan di lokaliti tersebut ditamatkan hari ini.--fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA Anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melakukan kerja-kerja membuka kawat berduri di sekitar laluan masuk dan keluar ke kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Pantai Ria di Pantai Dalam selepas Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang dilaksanakan di lokaliti tersebut ditamatkan hari ini.--fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

KUALA LUMPUR: Sejumlah 13 lokaliti di Kuantan, Pahang akan dikuatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), bermula Ahad ini hingga 31 Julai depan.

Ia membabitkan Tanjung Lumpur, Peramu, Anak Air, Sungai Derhaka, Kampadang, Sungai Soi, Kampung Pahang, Taman Seri Inderapura, Taman Tas dan Pandan, Sungai Isap, Lorong Seri Teruntum dan Taman Impianku.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata di Selangor pula, beberapa lokaliti akan dikenakan PKPD bagi tempoh sama iaitu Damai Apartment dan PJS 8, Mukim Damansara, daerah Petaling.

Selain itu, Jalan Pandan Indah, Mukim Ampang, daerah Hulu Langat; Jalan Batu Nilam, Bandar Bukit Tinggi, Mukim Klang, daerah Klang dan Taman Samudera, Mukim Batu, daerah Gombak.

"Di Sabah, Ladang Sawit KLK Lungmanis dan Perumahan Kilang, Mukim Silabukan, Lahad Datu serta Kampung Pinolobuh Bukid, Kota Belud dan PPR Taman Ehsan.

"Di Sarawak, tiga lokaliti di Kuching membabitkan Kampung Seratau, Kampung Astana Lot dan Kampung Sungai Bedil Besar," katanya.

Beliau berkata, satu lagi lokaliti di Pahang iaitu Taman Chengal, Temerloh juga akan berada dalam PKPD.

Tiada ulasan: