Jumaat, 11 Jun 2021

PEMBELA bantah usaha lindungi ‘industri dosa’

Athirah Huda Zalhe

‘Kamu kaut untung, umat Islam satu negara mendapat sengsara’

BANGI – Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) akan membantah sebarang usaha cuba melindungi ‘industri dosa’ membabitkan alkohol, arak dan perjudian di negara ini.

Naib Presiden PEMBELA, Ustaz Masridzi Sat berkata, pihaknya akan menentang sekiranya kerajaan terus bersubahat dengan golongan yang mempertahankan industri berkenaan.

Beliau berkata, pihaknya tidak berkompromi dengan industri dosa dan haram yang mengundang kepada bala Allah SWT.

“Industri haram dan berdosa mengundang kemurkaan tuhan kami, mengundang bala Allah ke negara kami.

“Kamu mengaut untung, kami umat Islam satu negara mendapat sengsara,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ustaz Masridzi berkata demikian membidas kenyataan penganalisis ekonomi dan kewangan, Pankaj Kumar yang meminta kerajaan mencari jalan terbaik memastikan industri arak, rokok dan judi tidak terjejas teruk akibat pandemik COVID-19.

Pankaj berkata, industri berkenaan juga adalah antara penyumbang penting kepada ekonomi Malaysia.

Katanya, industri seperti alkohol, rokok dan perjudian sering menanggung kesan akibat ketidakjelasan polisi disebabkan tindakan segelintir yang mempolitikkan dan retorik yang tidak praktikal.

Tiada ulasan: