Sabtu, 26 Jun 2021

Kes baharu Covid-19 di sembilan negeri naik hari ini


Tujuh negeri iaitu Selangor, Sarawak, Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan Labuan, Kuala Lumpur dan Terengganu menunjukkan penurunan dalam kes baharu Covid-19 hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi sebanyak 5,803 kes baharu direkodkan, menjadikan kumulatif sebanyak 728,462 kes.

Mengikut data yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Selangor walaupun menunjukkan penurunan kes namun kekal sebagai negeri tertinggi merekodkan jangkitan baharu hari ini iaitu sebanyak 2,108 berbanding 2,187 kes semalam.

Kes baharu di Sabah, Perlis, Perak, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Kelantan, Johor dan Wilayah Persekutuan Putrajaya, menunjukkan peningkatan.

Tiada ulasan: