Ahad, 13 Jun 2021

Arab Saudi putuskan tidak benarkan jemaah haji luar negara

Oleh NOR IDAYU BOSRO

Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Kerajaan Arab Saudi memutuskan ibadat haji bagi Musim Haji 1442H  dihadkan hanya untuk warganegara Saudi dan penduduk negara lain  yang telah berada dalam negara tersebut sahaja.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, hal ini disebabkan situasi semasa pandemik Covid-19 yang membimbangkan di seluruh  dunia.

Beliau berkata, perkara itu dimaklumkan menerusi panggilan telefon daripada Timbalan Menteri Haji dan  Umrah Arab Saudi, Dr. Abdelfattah Sulaiman Mashat berkenaan keputusan Kerajaan Arab Saudi bagi  penglibatan jemaah haji daripada negara luar untuk Musim Haji 1442H.

“Makluman yang sama telah diterima oleh Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Hishammudin Hussein daripada rakan sejawatnya,  Putera Faisal Farhan Al Saud.

“Kenyataan rasmi oleh  Kerajaan Arab Saudi juga telah dikeluarkan tepat pukul 6.10 petang sebentar tadi,” katanya dalam kenyataan hari ini.-K! ONLINE

Tiada ulasan: