Sabtu, 26 Jun 2021

5,803 kes baru hari ini

MALAYSIAKINI

Malaysiakini

Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan terdapat 5,803 kes baru Covid-19 yang dilaporkan hari ini.

Bilangan kes baru di Pahang (220) dan Melaka (355) menyaksikan peningkatan sejak tujuh hari lalu.

Di Pahang, Kuantan dan Temerloh antara daerah yang menyaksikan peningkatan paling tinggi.

Di Melaka pula, jumlah kes baru hari ini adalah 86.6 peratus lebih tingg berbanding kadar purata sejak tujuh hari lalu.

Berikut pecahan kes baru mengikut negeri:

  • Selangor (2,108)
  • Negeri Sembilan (741)
  • Kuala Lumpur (628)
  • Sarawak (491)
  • Melaka (355)
  • Johor (329)
  • Pahang (220)
  • Sabah (189)
  • Kedah (186)
  • Pulau Pinang (160)
  • Perak (137)
  • Kelantan (103)
  • Labuan (99)
  • Terengganu (29)
  • Putrajaya (24)
  • Perlis (4)

Tiada ulasan: