KUALA
LUMPUR – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin
membidas pihak-pihak yang cuba menyebarkan fitnah terhadap tuntutan UMNO
di media sosial.
Menurut beliau beberapa posting asal mengenai apa yang diutarakan
oleh Majlis Kerja Tertinggi UMNO baru-baru ini telah diubah suai oleh
mereka yang tidak bertanggungjawab.
“Memalukan
jika ini benar…Nampak ‘try hard’ untuk memburukkan UMNO. Sedangkan
tuntutan UMNO yang sebenar ialah Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) perlu
ditubuhkan segera bagi menyiasat segala tuduhan salah laku dan
penyelewengan Pakatan Harapan (PH) terhadap kerajaan Barisan Nasional
(BN) dan pengurusan Tabung Haji (TH).
“Menuntut Kerajaan PN menilai semula semua keputusan penjualan secara
lambak aset-aset strategik negara dan agensi berkepentingan rakyat
termasuk Tabung Haji, Khazanah Nasional, LTAT dan semua
Syarikat-syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC).
“Demi memenuhi prinsip ‘rule of law’ yang sebenar, UMNO juga mendesak
kes-kes penyelewengan yang dihentikan perbicaraannya oleh kerajaan PH
dibuka semula, ini termasuklah kes skandal rasuah terowong dasar laut
dan 3 lebuhraya melibatkan pemimpin DAP bernilai RM 6.3 bilion,” katanya
memerusi catatan di facebook.
Kata beliau lagi tuntutan lain ialah menyegerakan siasatan dan
pendakwaan terhadap mereka yang dikaitkan dengan kes pembunuhan yang
menyayat hati melibatkan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat,
Allahyarham Adib serta menggesa kerajaan baharu membatalkan agenda
kerajaan PH untuk menubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku
Polis (IPCMC)
“Membekukan keputusan pemberhentian kakitangan awam berstatus
kontrak, dasar pengurangan kakitangan awam dan mengkaji semula dasar
yang memastikan kebajikan penjawat awam terbela,” ujarnya.
Ujar beliau lagi link posting asal sebelum ia diubah suai oleh mereka
yang tidak bertanggungjawab boleh dilihat menerusi pautan di bawah.
UMNO Online
LIHAT FB DI SINI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan