KUALA
LUMPUR – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr. Ahmad
Zahid Hamidi berkata, BN akan memberi komitmen bagi membantu Tan Sri
Muhyiddin Yassin untuk menjalankan tugas baharunya sebagai perdana
menteri.
elas
beliau, Bn juga akan menyokong dasar baharu yang bakal diperkenalkan
Ahli Parlimen Pagoh itu demi kepentingan rakyat Malaysia.
“Episod dan babak awan hitam telah pun berlalu dan langit kembali
cerah. Insya-Allah kita parti-parti komponen dalam BN akan memberikan
dokongan dan sokongan terhadap dasar-dasar baru Tan Sri Muhyiddin.
“Kita akan membantu sedaya upaya mungkin bagi menentukan bahawa
rakyat benar-benar diutamakan, rakyat harus dibela semula, penganiayaan
terhadap rakyat, bantuan kepada rakyat harus dikembalikan semula,” ujar
beliau kepada pemberita di luar Pintu 2, Istana Negara hari ini.
Terdahulu Ahmad Zahid bersama-sama ahli-ahli parlimen daripada
Perikatan Nasional telah mengiring Muhyiddin dalam Istiadat Mengangkat
Sumpah Jawatan Perdana Menteri Ke-8 di Balairong Seri, Istana Negara,
yang bermula jam 10.30 pagi tadi.
Semalam, Istana Negara menerima senarai pencalonan nama-nama bakal
Perdana Menteri daripada ketua-ketua politik yang mempunyai wakil dalam
Dewan Rakyat.
Ia proses lanjutan titah Yang di-Pertuan Agong (YDPA) Al-Sultan
Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di mana ketua parti politik
dan ahli Dewan Rakyat yang bebas mengemukakan pencalonan nama ahli
Dewan Rakyat sebagai bakal Perdana Menteri ke-8.
Istana Negara kemudiannya menamakan Muhyiddin sebagai calon Perdana
Menteri sekaligus melenyapkan kemelut politik yang berlaku sejak minggu
lepas. – UMNO ONLINE
Tiada ulasan:
Catat Ulasan